Ikuti Kami:

Watak Peguam Keluarga Mafia, Foto Song Joongki Di Set Penggambaran Drama ‘Vincenzo’ Buat Ramai Teruja

Watak Peguam Keluarga Mafia, Foto Song Joongki Di Set Penggambaran Drama ‘Vincenzo’ Buat Ramai Teruja

Ramai yang dah teruja apabila mendengar Song Joong-ki bakal kembali ke skrin televisyen dengan sebuah drama baru di tvN bertajuk “Vincenzo” tak lama lagi.

Drama yang bakal ditayangkan di bawah saluran tvN ini membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young. Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Drama ini diyakini akan membuat penonton merasai kepuasan apabila melihat hero gelap yang berlawan dengan penjahat sebenar menggunakan ketegasan undang-undang.

song joongki vincenzo

Peminat nyata seronok mendengarkan lelaki tampan itu yang bakal membawa watak peguam dan berlatarbelakangkan kelompok mafia yang pastinya dipenuhi aksi dan saspens.

Terbaru, Song Joong-ki dilihat telah memulakan penggambar untuk “Vincenzo” dan semua memuji lelaki itu yang tampil kemas dengan sut penuh.

song joongki vincenzo song joongki vincenzo

Mesti anda pun dah tak sabar menantikannya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...