Ikuti Kami:

Watak Choi Chiyeol Sebagai Pengajar Dalam ‘Crash Course In Romance’ Wujud Dalam Dunia Sebenar!

Watak Choi Chiyeol Sebagai Pengajar Dalam ‘Crash Course In Romance’ Wujud Dalam Dunia Sebenar!

Siapa yang tengah seronok layan drama “Crash Course In Romance” sekarang?

Bagi siapa yang sedang menonton “Crash Course In Romance” pastinya akan tahu dengan watak yang dibawa oleh Jung Kyung-ho iaitu Choi Chi-yeol, seorang pengajar Matematik di sebuah akademik.

Khususnya, watak Choi Chi-yeol adalah seorang yang sangat bekerja keras untuk menghafal dan melakukan latihan intensif bagi mempersiapkan dirinya untuk mengajar nanti.

lee jiyoung korean teacher

Menarik perhatian, baru-baru ini, penonton perasan bahawa watak Choi Chi-yeol itu wujud dalam kehidupan sebenar di Korea Selatan iaitu Lee Ji-young.

Untuk maklumat, Lee Ji-young merupakan pelajar lepasan ‘Seoul National University’. Kini, dia adalah seorang pensyarah Korea yang mengajar kursus dalam talian melalui EBSi, sebuah laman web pendidikan yang disediakan untuk pelajar sekolah menengah yang bersedia untuk peperiksaan kemasukan kolej. Dia juga merupakan tokoh yang popular di kalangan ramai pelajar kerana kemahiran mengajarnya yang mengagumkan.

lee jiyoung korean teacher

Sebelum ini, Lee Ji-young pernah tampil dalam program Rain “Season B Season”, di mana dia berkongsi rutin hariannya sebagai pengajar. Jelasnya,

Saya bangun pada pukul 4:30 pagi dan bersiap. Saya betulkan rambut pada pukul 5 dan pergi kerja pada pukul 6, untuk menyediakan pelajaran serta kertas kerja untuk persidangan. Dari 9 hingga 10 malam, saya sambung kuliah tanpa rehat dan keluar kerja pada pukul 11. Selain daripada kuliah, jika ada kerja lagi, saya balik pada pukul 1 atau 1:30 pagi. Itu jadual harian saya.

Untuk pengetahuan, Lee Ji-young adalah pengajar untuk subjek Etika, Dinamik Sosial, Komunikasi dan Penyelesaian Masalah. Ketika ditanya sama ada dia merasakan tekanan sepanjang mengajar, Lee Ji-young menjawab,

Sebenarnya, belajar dengan sendirinya adalah menyeronokkan jadi, tidak ada tekanan.

Wah, Lee Ji-young mesti boleh relate kan dengan watak Choi Chi-yeol!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...