Ikuti Kami:

Watak Baru Diselar Tidak Sensitif Dengan Budaya Dalam ‘The Penthouse 3’, Park Eunseok Mohon Maaf

Watak Baru Diselar Tidak Sensitif Dengan Budaya Dalam ‘The Penthouse 3’, Park Eunseok Mohon Maaf

Baru sahaja memulakan tayangan beberapa episod, “The Penthouse 3” terpalit dengan satu kontroversi bau.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru ini, watak Logan Lee (Park Eun-seok) yang dikatakan sudah menemui ajalnya didedahkan mempunyai seorang adik lelaki yang mempunyai wajah mirip dengannya iaitu Alex.

Tampil dengan imej berambut ‘dreadlocks’ dan bertatu penuh, kebanyakan penonton antarabangsa menyelar penampilan tersebut kerana dikatakan seperti pengambilan budaya (cultural appropriation). Malah pelakon itu yang tinggal lama di Amerika Syarikat dikecam kerana sepatutnya tahu mengenai hal tersebut yang sentiasa dibincangkan di sana.

Disebabkan oleh kecaman tersebut, Park Eun-seok telah tampil membuat permohonan maaf di laman TikTok miliknya.

Berkenaan watak Alex dalam “The Penthouse”, saya mahu semua orang tahu bahawa tiada satu pun daripada kemunculan itu yang dipandu oleh karakter yang dicipta secara sengaja untuk merosakkan, mengejek, ataupun mengecilkan hari komuniti Afrika-Amerika. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang terluka dengan kemunculan watak ini. Ia adalah lebih kepada kekaguman terhadap budaya tersebut namun saya baru sedari bahawa pendekatan itu adalah lebih kepada pengambilan budaya. Ia adalah percubaan pembinaan watak yang salah.

Sekali lagi, saya mahu memohon maad kepada sesiapa yang terasa. Saya sebagai golongan minoriti sepatutnya lebih peka mengenai hal ini. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk belajar dalam peringatan.

Saya harap terdapat keikhalasan di dalam hati awak untuk tidak berprasangka, di mana kemunculan Alex adalah lebih kepada pendekatan watak yang sukakan budaya tersebut dan bukan sengaja mahu mempermainkannya.

Kenalah berhati-hati dengan isu yang sensitif seperti ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...