Ikuti Kami:

Watak Antagonis Menakutkan, Chang Ryul Jadi Perhatian Dalam ‘My Name’

Watak Antagonis Menakutkan, Chang Ryul Jadi Perhatian Dalam ‘My Name’

Meskipun nama Han So-hee, Park Hee-sun dan Ahn Bo-hyun yang sering dikaitkan dengan “My Name”, namun terdapat nama lain yang menjadi perhatian ramai di dalam siri Netflix itu.

[Amaran SPOILER]

Pada awalnya watak Do Gang-jae muncul sebagai antara seorang yang baik di dalam gimnasium Dongcheon namun semunya berubah apabila dia dikalahkan oleh Yoon Ji-woo dalam satu perlawanan tinju. Berdendam, dia bertukar menjadi antagonis dalam sekelip mata hingga merancang untuk memperkosa gadis itu bersama rakan-rakannya.

Percubaan itu walaubagaimanapun gagal dan dia dihukum oleh Choi Mu-jin (Park Hee-sun) sebelum dibuang daripada kelab berkenaan dengan kecederaan yang teruk pada wajahnya. 6 tahun berlalu, lelaki itu yang mempunyai kartel dadah tersendiri kembali dengan dendam kesumat terhadap Yoon Ji-woo dan Choi Mu-jin.

chang ryul my name

Karakternya sangatlah menakutkan di dalam “My Name” sehinggakan ramai yang tidak menyangka bahawa dia merupakan seorang yang baik sebenarnya.Kalau anda nak tahu Chang Ryul merupakan pelakon berusia 32 tahun dan sudah banyak muncul dalam drama seperti “Lawless Lawyer”, “Something In The Rain”, “Secret Boutique” dan banyak lagi.

Oleh kerana lakonannya yang memukau dalam “My Name”, nama Chang Ryul kian meniti di bibir peminat K-Drama kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 장률 (@ryul_chang)

Siapa yang terpukau dengan lakonannya dalam “My Name”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...