Ikuti Kami:

‘Was It Love?’ Tamat, Song Jihyo Kongsi Perasaan Tentang Watak No Aejung & Kisah 4 Lelaki Kacak Merebutnya

‘Was It Love?’ Tamat, Song Jihyo Kongsi Perasaan Tentang Watak No Aejung & Kisah 4 Lelaki Kacak Merebutnya

Selepas berminggu-minggu bermain dengan perasaan penonton, akhirnya “Was It Love?” menamatkan tayangannya. Rasanya ramai yang akan merindui telatah Song Ji-hyo sebagai No Ae-jung buat beberapa ketika ini.

Bukan sahaja penonton yang berasa sedih, malah Song Ji-hyo sendiri meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan pelakon lain, pengarah dan kakitangan produksi drama ini. 5 bulan membawa watak ‘ibu bekerja hebat’, sudah pasti wanita itu bakal merinduinya.

Ae-jung dalam fikiran saya ialah seorang yang ceria dan disayangi tetapi juga sangat berdedikasi dan ghairah mengenai hal keluarga dan impiannya. Secara keseluruhan, saya mahu Ae-jung kelihatan sebagai karakter yang realistik yang mungkin kita akan jumpa dalam kehidupan sendiri.

song jihyo was it love?

Apabila ditanya perasaan berlakon sebagai seseorang yang diminati oleh 4 jejaka, Song Ji-hyo menggelarkan drama itu sebagai satu pengalaman yang baru buatnya,

Sebelum ini, saya hanya akan mempunyai kisah cinta tidak berbalas atau pun cinta segi tiga, tetapi kali ini saya terjebak dengan 4 lelaki yang menarik. Disebabkan itu, ketika di set penggambaran, keserasian dan suasananya terasa berbeza.

Wanita itu juga menggambarkan perbezaan dinamik hubungan di antaranya dengan setiap watak lelaki itu. Bersama Dae-oh (Son Ho-jun), wataknya sering bertujal dengan lelaki itu manakala dengan Ryu-jin (Song Jong-ho), dia mempunyai hubungan junior dan senior rapat dalam industri yang sama. Watak Oh Yeon-woo (Koo Ja-sung) pula ialah comel dan merupakan guru kelas kepada anaknya, Ha-nee dan Goo Pa-do (Kim Min-joon) adalah penyokong dan rakan kepada No Ae-jung.

song jihyo was it love?

Apabila ditanya mengenai dialog yang paling meninggalkan kesan kepadanya, Song Ji-hyo mengungkap,

Saya tiada rancangan langsung untuk berharap pada awak. Impian saya ialah untuk menjadi Wonder Woman bukannya Cinderella.

Membaca dialog tersebut. Song Ji-hyo bahawa dia berasa terkejut dengan kekuatan dalaman Ae-jung selain membuktikan bahawa dia ialah seorang yang berdedikasi.

Walaubagaimanapun, Song Ji-hyo meluahkan rasa kesalnya kerana tidak dapat mengekspresikan watak Tang Zi Yi dengan lebih mendalam kerana kesuntukan masa. Merupakan seorang bos kepada geng di Hong Kong, wanita itu banyak berbincang dengan kakitangan kostum supaya dapat meluahkan penampilan watak itu yang elegan. Tapi sayangnya, dia terpaksa menggunakan bantuan alih suara memandangkan dia tidak mempunyai peluang untuk mempelajari telor negara itu.

Jika saya diberi peluang untuk melakukannya sekali lagi, saya pasti akan melakukannya sebaik mungkin tanpa bantuan alih suara.

song jihyo was it love?

Akhir kata, pelakon cantik itu mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang setia menonton “Was It Love?” daripada awal sehingga penghujungnya. Meskipun sudah lama tidak berlakon drama komedi romantik, tapi dengan sokongan ramai Song Ji-hyo mengatakan bahawa dia mampu menjalani penggambaran dengan tenaga yang menggembirakan.

Walaupun ada yang seperti tidak puas dengan ending drama “Was It Love?” tetapi yang pasti disebabkan oleh watak No Ae-jung, ramai yang berjaya menghiburkan diri mereka daripada stres kerja dan pelajaran sepanjang tayangannya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...