Ikuti Kami:

Wartawan Dedah Sebab Utama Tiada Ahli Baru Bakal Ganti Lee Kwangsoo Dalam ‘Running Man’

Wartawan Dedah Sebab Utama Tiada Ahli Baru Bakal Ganti Lee Kwangsoo Dalam ‘Running Man’

Pastinya ramai yang tertanya-tanya sama ada Lee Kwang-soo akan digantikan selepas pengunduran dirinya daripada “Running Man” nanti.

Baru-baru ini, bekas wartawan hiburan bernama Lee Jin-ho telah memuat naik satu video baru di YouTube bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai pengunduran pelakon itu selain menyatakan kemungkinan dia akan diagnti dengan ahli baru.

Seperti yang dilaporkan oleh media, PD Choi Bo-pil menjelaskan bahawa tiada ahli baru yang akan dibawa masuk ke dalam “Running Man” sejurus selepas ketiadaan Lee Kwang-soo.

Jelas Lee Jin-ho,

Lee Kwang-soo ialah ahli penting dalam ‘Running Man’. Dia membawa tekanan pada setiap episod dan merupakan ahli yang berbakat. Dia mempunyai sifat kelakar dan kemahiran individu yang membawa aspek hiburan ke dalam rancangan itu.

lee kwangsoo running man

Meskipun penonton pastinya akan terasa kekosongan nanti, namun wartawan itu menjelaskan sebab utama rancangan itu tidak akan cuba menambah ahli baru. Ia adalah kerana situasi yang terjadi apabila dua ahli baru iaitu Yang Se-chan dan Jun So-min ditambah pada tahun 2017.

Semasa Gary meninggalkan rancangan tersebut, kerjasama antara mereka mula merudum malah program itu diambang pembatalan. Sebab itu, pasukan produksi membuat keputusan untuk menambah Yang Se-chan dan Jun So-min bagi menangani krisis ini.

lee kwangsoo

Lee Jin-ho juga menekankan perbezaan populariti di antara Yang Se-chan dan Jun So-min dan ahli asal. Katanya, peminat luar negara ternyata tidak gembira dengan keputusan tersebut sampaikan keduanya dihujani pelbagai komen buruk dan diminta untuk keluar.

Apabila isu peminat ahli asal tidak menerima ahli baru masih belum selesai sepenuhnya, penambahan ahli lain pastinya akan menyebabkan konflik lagi. Jadi, pasukan ini memilih untuk menguatkan keserasian yang ada dengan ahli sekarang.

Apa pendapat korang mengenai hal ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...