Jennie BLACKPINK sekali lagi telah menjadi bualan ramai dek penampilan seksinya!
Baru-baru ini, Calvin Klein telah bekerjasama dengan duta global mereka iaitu Jennie, untuk koleksi kapsul edisi terhad sekaligus melancarkan beberapa gambar dan video yang mendapat perhatian ramai.
Menurut kenyataan Jennie kepada Billboard, gaya hariannya memberi inspirasi untuk kerjasama ini dan penyanyi itu telah meletakkan sentuhan peribadinya pada setiap barangan yang bakal dilancarkan nanti.
Untuk pengetahuan, koleksi Jennie buat Calvin Klein ini adalah termasuk rangkaian seluar dalam, bralette, seluar jogger, baju tee, baju denim, gaun dan banyak lagi. Ia juga akan datang dalam pelbagai warna termasuk ungu, biru kapur, hitam dan putih.
View this post on Instagram
Khususnya dalam foto yang dikongsi, ahli BLACKPINK itu tampil seksi dengan menunjukkan bentuk badannya yang curvy, merupakan idaman ramai wanita di luar sana. Antara komen yang ditulis,
Badannya sangat cantik.
Aura Jennie sangat berbeza apabila dia pakai Calvin Klein 🔥
Lihatlah pinggang dia..saya terkesima..
Wanita paling seksi dan hot ❤️
Sementara itu, koleksi kapsul Jennie akan dikeluarkan di beberapa kedai terpilih Calvin Klein pada 10 Mei ini.
Jangan lupa kumpul duit untuk beli nanti!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉