Ikuti Kami:

“Wanita Kata Saya Punya ‘Kecil’ Selepas Hubungan Seksual” – Jang Hyunseung Bekas Ahli BEAST

“Wanita Kata Saya Punya ‘Kecil’ Selepas Hubungan Seksual” – Jang Hyunseung Bekas Ahli BEAST

Siapa yang meminati kumpulan K-Pop generasi kedua, pastinya mengenali kumpulan BEAST ataupun lebih dikenali sebagai HIGHLIGHT kini kan?

Meskipun bergerak dengan 4 orang sahaja kini namun bekas ahli yang lain tetap meneruskan kerjaya solo mereka seperti biasa. Terutamanya Jang Hyun-seung yang dikenali kerana tarian hebatnya dan terus berkarya menerusi nama baru ABLE di mana dia kerap mempromosikan muziknya.

Terbaru, idola itu telah menjadi tetamu kandungan web “Come Over” di mana dia, Swings, Kid Milli, Kim Sang-min dan Sewoo berkongsi mengenai kehidupan mereka kini.

jang hyunseung

Walaupun mampu memperolehi wang dengan lebih banyak ketika aktif sebagai ahli BEAST namun lelaki itu mengakui bahawa dia kini lebih bahagia,

Saya suka situasi kini di mana saya boleh berkarya mengikut kesukaan sendiri. Walaupun lebih kaya dahulu, saya lebih gembira sekarang.

Selepas itu mereka turut sempat berbincang mengenai topik percintaan. Apabila ditanya pada waktu bila dia berasa bangga dengan pencapaian kekasihnya, jawab Jang Hyun-seung,

Saya menonton sesuatu bersama orang lain dan ada iklan memaparkan teman wanitanya ditayangkan. Yang lain berasa kagum dan berkata, ‘Oh~ kekasih awak ialah bintang pengiklanan.

Mereka turut bertanya mengenai soalan yang lebih ‘panas’,

Apa yang awak paling terkejut dengar selepas melakukan hubungan seksual?

jang hyunseung

Jawab idola itu selepas berlengah-lengah seketika,

Ada sekali, saya terdengar ada yang berkata, ‘Seronok tapi awak agak kecil berbanding normal.’

Untuk pengetahuan korang, Jang Hyun-seung pernah disingkirkan daripada barisan terakhir BIGBANG dan berjaya debut bersama BEAST pada 2009 sebelum meninggalkan kumpulan itu kerana ingin bergerak solo pada tahun 2016.

Uuuu begitu je dia mengaku..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...