Dari awal lagi nak kahwin? Biar betul!
Pada 29 Oktober, Rain telah membuat penampilan dalam satu rancangan YouTube di mana dia telah menceritakan tentang kehidupan perkahwinannya bersama pelakon terkenal korea iaitu Kim Tae-hee.
Ketika di tanya oleh salah seorang tetamu di dalam rancangan itu, Rain telah mengatakan bahawa dia sejak dari awal telah mengetahui bahawa dirinya ingin mengahwini pelakon wanita tersebut.
Katanya,
Saya dapat rasakannya sejak dari awal lagi yang wanita ini untuk saya. Saya ingin mengahwininya.
Tambah pelakon serta penyanyi itu,
Kadang-kadang perasaan nak kahwin itu datang sebelum saya keluar berjumpa dengan dia dan ada kalanya ia datang lepas kami berjumpa. Tapi memang saya dah buat keputusan untuk mengahwini isteri saya sejak dari awal percintaan kami.
Rain dan Kim Tae-hee telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 selepas 5 tahun percintaan dan mereka juga telah dikurniakan 2 orang anak perempuan.
Romantik kan Rain?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.