Ikuti Kami:

Walaupun Tamat Dengan 1% Rating, ‘Be Melodramatic’ Dapat Pujian Melambung Penonton!

Walaupun Tamat Dengan 1% Rating, ‘Be Melodramatic’ Dapat Pujian Melambung Penonton!

Biasalah kalau ramai yang menonton drama Korea kerana ianya selalu menyajikan adegan romantik dan ‘sweet’ membuai perasaan. Bagi penonton, kalau tak dapat nak rasai detik romantik dalam kehidupan sebenar, tengok dalam drama pun jadilah! Rating untuk drama seperti ini juga selalunya tinggi dan kadang-kadang trending di laman media sosial. Jadi terbuktilah ramai yang mahukan drama seperti ini dan bukannya naskhah yang lebih berat dan serius.

Sama juga halnya dengan drama ‘Be Melodramatic’, lakonan Chun Woohee, Ahn Jaehong, Gongmyung, Jeon Yeobin, Han Jieun dan ramai lagi. Walaupun bergenre komedi, cerita ini sarat dengan kisah kehidupan yang sebenar. Drama ini membawa penonton mendalami kerisauan, kehidupan harian, dan kisah sekawan perempuan dalam lingkungan usia 30-an yang bekerja dalam industri hiburan. Cerita mereka ini senang difahami oleh penonton terutamanya yang berusia lewat 20-an dan 30-an kerana masalah yang dilalui oleh mereka sama dengan masalah yang dihadapi oleh semua orang dalam dunia realiti.

be melodramatic

Walaupun ada sedikit elemen romantik, tetapi drama ini mengakhiri tayangannya dengan rating yang rendah iaitu 1%. Mungkin genre kehidupan realiti yang ditekankan oleh drama ini membuatkan ia kelihatan berat dan serius.

be melodramatic

Pun begitu, rata-rata penonton yang mengikuti drama ‘Be Melodramatic’ membanjiri naskhah ini dengan pujian dan kata-kata semangat. Mereka yang menonton cerita ini menyatakan bahawa setiap babak dalam cerita ini sampai ke hati kerana mereka juga menghadapi masalah yang sama dalam kehidupan sebenar.

“Ini memang drama terbaik dalam hidup saya… ia memujuk saya dalam cara di mana dunia tidak mampu melakukannya.”

“1%… tapi pada saya ia bernilai 100%.”

“Saya menangis, ketawa, memahami setiap skrip… sebuah drama yang menyedarkan saya bahawa benda yang mudah dalam kehidupan juga boleh jadi menyeronokkan! Pengarah yang hebat, setiap watak adalah sangat mempersonakan. Drama terbaik dalam hidup saya.”

“Ini adalah drama kegemaran saya untuk tahun 2019.”

“Kepada semua 1% yang menonton drama ini, ia adalah drama terbaik dalam kehidupan mereka.”

“Saya kenal ramai orang di sekeliling yang menonton drama ini. Mungkin generasi tua yang tidak menontonnya.”

Mungkin drama ini dibuat berdasarkan pengalaman wanita dan lelaki berusia 30-an, jadi hanya golongan mereka yang faham dengan cerita ini. Walaubagaimanapun, lakonan setiap teraju utama drama ‘Be Melodramatic’ ini tidak menghampakan dan berjaya membawa penonton menelusuri kehidupan seharian orang berumur 30-an seperti realiti kehidupan sebenar.

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...