Ikuti Kami:

Wajah Hwang Jungeum Kelihatan Berbeza, Netizen Syak Kerana Pembedahan Plastik

Wajah Hwang Jungeum Kelihatan Berbeza, Netizen Syak Kerana Pembedahan Plastik

Nama pelakon Hwang Jungeum memang sudah sebati dengan para peminat K-Drama. Lakonannya yang berkesan sering membuatkan penonton melekat di depan kaca televisyen untuk menonton drama lakonannya sehingga tamat. Berlakonlah drama sedih ke atau pun komedi ke, Hwang Jungeum pasti akan mampu menjiwai karakternya tanpa sebarang masalah.

Antara drama lakonannya yang popular ialah “High Kick Through The Roof”, “Secret Love”, “Kill Me Heal Me”, “She Was Pretty”, “Lucky Romance” dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan semua, sampai esok pun tak habis!

hwang jungeum

Namun begitu, selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang pemain golf dan ahli perniagaan, pelakon wanita itu lebih senang menjaga keluarganya. Dengan kehadiran anak sulung mereka pada lewat tahun 2017, Hwang Jungeum kelihatan sibuk menguruskan keluarganya dan dah jarang keluar di kaca televisyen.

hwang jeungeum

Baru-baru ini, wanita itu didedahkan telah menerima tawaran berlakon untuk drama fantasi terbaru iaitu “Ssangab Cart Bar” di bawah saluran jTBC dan bakal ditayangkan pada pertengahan tahun 2020. Walaubagaimanapun, rata-rata netizen terkejut apabila melihat penampilan terbaru Hwang Jungeum kerana wajahnya kelihatan lain daripada biasa. Ramai yang menebak bahawa pelakon itu telah menjalani pembedahan plastik bagi mengubah hidung dan juga matanya.

pembedahan plastik hwang jeungeum pembedahan plastik hwang jeungeum

“Dia dah cantik, kenapa dia masih bermain dengan dirinya… dia kelihatan semakin pelik…”

“Dia kelihatan sangat cantik dalam ‘High Kick’.. tetapi sekarang dia kelihatan seperti semua raksasa plastik yang lain.”

“Tak kisahlah buat pembedahan plastik tetapi kenapa semua orang kelihatan semakin teruk selepas mendapatkannya?”

“Saya tak kenal, siapa ini?”

“Sekarang ini, saya rasa dia tidur dengan mata terbuka..”

Apabila ditanyakan kepada agensi naungannya, mereka hanya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada apa-apa untuk dikatakan mengenai hal itu. Tuan punya badan pun tidak memberikan apa-apa respons terhadap spekulasi netizen buat masa ini.

Sumber: Nate News, Naver

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...