Umum mengetahui mengenai berita sedih yang mengejutkan dunia seni kelmarin. Seorang idola merangkap pelakon iaitu Sulli telah mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri pada usia 25 tahun.
Pada hari kejadian, dia sepatutnya menghadiri rakaman rancangan “Reply Night” di mana dia merupakan panel tetap. Walaubagaimanapun, selepas lama menunggu, Sulli masih tidak sampai ke set rakaman dan gagal dihubungi oleh pihak produksi. Lantas kesemua kakitangan dan ahli panel lain membuat keputusan untuk meneruskan penggambaran tanpanya. Namun begitu, mereka semua terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematiannya selepas tamat rakaman rancangan itu.
Menerusi maklumat lain, Sulli dikatakan telah menghadiri dan manjalani semua jadualnya dengan normal sehari sebelum insiden itu. Gadis itu dikatakan telah merakam satu iklan komersial untuk jenama beg tangan mini “Stretchangels” di Gwanggyo, Suwon.
Beberapa keping gambar Sulli yang sedang sibuk menjalani penggambaran iklan itu turut tular di sekitar laman Twitter sejak semalam.
Rata-rata netizen yang melihat gambar ini menjadi sebak kerana tidak menyangka ini adalah kali terakhir dia dilihat dalam khalayak ramai. Mereka juga tidak menyangka senyuman lebar Sulli itu menyembunyikan duka dan kesedihan.