Ikuti Kami:

Wajah Dikatakan Mirip Satu Sama Lain, Ini Respon Han Sohee & Ryujin ITZY

Wajah Dikatakan Mirip Satu Sama Lain, Ini Respon Han Sohee & Ryujin ITZY

Korang perasan tak wajah Han So-hee mirip dengan Ryu-jin ITZY?

Sebelum ini, ramai peminat telah membandingkan kedua rupa selebriti tersebut yang dikatakan hampir sama. Untuk pengetahuan, mereka tidak bersaudara, tetapi ramai yang menyalahanggap mereka sebagai adik-beradik.

Sebelum ini, seorang peminat ITZY telah berkongsi foto Ryu-jin bersama foto Han So-hee yang diambil dalam sudut yang sama di Instagram. Dalam kapsyen, peminat itu menulis,

Ryu-jin dan Han So-hee sangat cantik! Mereka kelihatan seperti adik-beradik tetapi dengan ibu dan ayah yang berbeza.

Hanya beberapa saat selepas gambar perbandingan itu dimuat naik, Han So-hee dilihat menekan butang ‘like’ untuk entri tersebut, yang bermakna dia tahu bahawa ramai peminat telah bercakap soal wajahnya yang mirip dengan idola K-pop itu.

ryujin dan han sohee

Tidak lama dahulu, Ryu-jin juga telah memberi respon kepada ramai peminat K-pop serta K-drama, yang mengatakan bahawa dia kelihatan serupa dengan Han So-hee. Ryu-jin memberitahu,

Saya berasa gembira apabila anda memberitahu saya bahawa saya kelihatan seperti Han So-hee, tetapi saya bimbang orang lain mungkin mendengarnya dan berkata, ‘Apa?’. Tetapi adakah saya benar-benar kelihatan seperti dia walaupun sedikit?

Min pun rasa wajah mereka agak mirip!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...