Ikuti Kami:

Vincenzo Cassano Dari ‘Vincenzo’ Atau Kim Doki Dari ‘Taxi Driver’, Siapakah Hero Gelap Lebih Baik?

Vincenzo Cassano Dari ‘Vincenzo’ Atau Kim Doki Dari ‘Taxi Driver’, Siapakah Hero Gelap Lebih Baik?

Tak dinafikan bahawa temah hero gelap semakin mendapat tempat dalam dunia K-Drama. Lihat saja kejayaan naskhah “Vincenzo” dan “Taxi Driver” yang baru sahaja menamatkan tayangan baru-baru ini.

Mempunyai personaliti yang berbeza, anti-hero yang mana menjadi pilihan anda?

Permulaan cerita

Mempunyai niat yang lain ketika kembali ke Korea, peguam keluarga mafia Itali iaitu Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) mula terlibat dengan urusan firma guaman ‘Jipuragi’ dan penduduk Geumga Plaza dek longgokan emas yang tertanam di bawa bangunan itu. Asalnya dingin tapi berkat ‘kegilaan’ Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin) dan momen menyejukkan hati oleh Hong Yu-chan (Yoo Jae-myung) sebelum kematiannya, Vincenzo mula terbuka hati untuk membantu mereka mengalahkan Babel Group.

Manakala Kim Do-ki (Lee Je-hoon) merupakan ahli perkhidmatan ‘Rainbow Taxi’ yang merupakan servis balas dendam bagi mangsa yang lemah. Dianggotai oleh penggodam hebat dan jurutera yang berbakat, mereka sama-sama membantu Kim Do-ki menyerang hendap dan memusnahkan sasaran mereka. Lebih menarik, Kim Do-ki saban kali bertukar imej dan watak yang bersesuaian dengan persekitaran berkenaan apabila mempunyai sasaran baru.

sbs taxi driver

Sama punca trauma

Satu persamaan antara Vincenzo dan Kim Do-ki ialah mereka berdua mempunyai luka yang dalam akibat ibu masing-masing. Vincenzo menyimpan dendam kerana menyangka ibunya sendiri melepaskannya kepada keluarga mafia Itali manakala Kim Do-ki mempunyai trauma den kematian ibunya zalim angkara perbuatan pembunuh kejam.

Sedikit menyejukkan hati dalam “Vincenzo” kerana peguam itu akhirnya mempelajari perkara sebenar dan sempat menghabiskan masanya mengenali ibunya itu namun kematian wanita tua tersebut nyata menjadi titik perubahan kepada lelaki itu pada beberapa episod terakhir. Bagi Kim Do-ki pula, cerita dia bersama ‘Rainbow Taxi’ bermula kerana kematian ibunya yang tidak mendapat keadilan yang sepatutnya lantas dia memilih untuk membantu mangsa lain supaya mendapat pembalasan yang sepatutnya.

Berbeza kepuasan

Sama sahaja, Vincenzo dan Kim Do-ki sentiasa sepuluh langkah di hadapan musuhnya. Walaubagaimanapun “Taxi Driver” sentiasa memberikan kepuasan kepada penonton setiap dua episod manakala “Vincenzo” lebih bermain dengan perasaan. Graf mereka berlawan dengan Babel Group dikatakan turun naik sehinggalah ke penamat malah ending setiap episod yang sentiasa tergantung membuatkan penonton tak senang duduk sehinggalah ke episod seterusnya.

“Taxi Driver” sebenarnya nampak lebih relaistik memandangkan mereka menggarap cerita berdasarkan kes yang berlaku dalam dunia sebenar namun “Vincenzo” kelihatan gah dengan pertempuran peluru dengan musuh selain sinematografi Itali yang memukau. Tak kisah walau berbeza latar belakang, namun penonton tetap menyokong kedua-dua hero gelap ini.

tvn vincenzo

Pengakhiran mereka

Boleh disimpulkan mungkin Vincenzo adalah hero gelap sehingga ke akar umbinya kerana lelaki itu terus tetap dengan sentimen bahawa undang-undang dunia tidak mampu memberikan keadilan kepada golongan yang ditindas. Malah dia bersumpah akan terus melawan kejahatan dengan kejahatan sendiri pada penghujung cerita. Lain pula bagi Kim Do-ki apabila dia sedikit demi sedikit mula mempercayai keadilan undang-undang di pengakhiran cerita selain telah bergandingan bahu dengan pendakwa raya Kang Ha-na (Esom).

Bagaimana dengan anda, anti-hero mana yang menjadi pilihan hati?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...