Ikuti Kami:

Video Pelawak Jang Doyeon ‘Terpaksa’ Berucap Lama Kerana Blackpink Lewat Ke Elle Style Awards 2018 Kembali Tular

Video Pelawak Jang Doyeon ‘Terpaksa’ Berucap Lama Kerana Blackpink Lewat Ke Elle Style Awards 2018 Kembali Tular

Seperti yang semua sedia maklum semalam telah tersebar satu cerita kurang enak mengenai kumpulan K-Pop popular iaitu Blackpink. Kumpulan itu dikatakan telah lewat menghadirkan diri ke sambutan ulangtahun ke-70 Adidas yang turut dihadiri oleh pemain bola sepak terkenal iaitu David Beckham. Menurut jadual yang dikeluarkan, sesi mereka adalah pada 11.55 pagi sehingga 12.05 tengah hari. Tetapi kumpulan gadis itu hanya tiba pada 12:15 tengah hari iaitu 20 minit lambat daripada waktu yang dijanjikan.

Bagi menghabiskan masa, David Beckham telah bergambar bersama peminat dan melayan mereka. Kemudiannya, barulah Blackpink turut serta bersamanya di atas pentas. Peminat kumpulan tersebut turut menyertakan beberapa keping gambar bagi membuktikan bahawa Blackpink sebenarnya sudah pun sampai di acara itu dan sedang menunggu di belakang pentas semasa kejadian.

blackpink lewat ke acara adidas bersama david beckham

Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dan telah menyelongkar kembali satu insiden yang pernah berlaku dahulu di mana kumpulan gadis itu turut pernah lambat ke satu majlis anugerah iaitu Elle Style Awards 2018 yang berlangsung pada November tahun lepas.

Kalau anda nak tahu pelawak wanita terkenal iaitu Jang Doyeon ‘terpaksa’ memberikan ucapan yang lebih panjang selepas diberikan anugerah “Girl Crush” kerana Blackpink yang sepatutnya menerima anugerah “K-Style Icon” selepasnya tidak muncul pada waktu yang sepatutnya.

blackpink lewat ke anugerah elle style awards 2018

Namun begitu, ramai yang memuji kepandaian Jang Doyeon dalam mengawal situasi tersebut. Dia meneruskan ucapannya dengan menceritakan tentang fesyennya pada hari itu dan diselang-selikan dengan jenaka. Semasa ucapannya itu dia menyatakan, “Semua mesti merasakan yang ucapan saya ini panjang tetapi saya perlu mengambil lebih masa kerana Blackpink belum lagi tiba.”

jang doyeon terpaksa berucap panjang kerana blackpink lambat

Wanita itu meneruskan ucapannya dan menanyakan kepada pihak penganjur, “Sudahkah Blackpink sampai? Belum? Perlukah saya menyanyi?”. Dia tidak bergurau dan terus  melakukan penyamaran suara dengan menyanyikan lagu “What A Wonderful World” oleh penyanyi Louis Armstrong bagi menghiburkan penonton.

Para netizen yang melihat kembali video ini mengecam sikap Blackpink yang bukan sekali lambat ke sesuatu acara. Mereka juga memuji Jang Doyeon kerana sanggup memberikan ucapan yang lebih panjang supaya dapat mengheret masa sehingga kumpulan gadis itu tiba.

Sumber: elle.co.kr, SBS News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...