Ikuti Kami:

(VIDEO) Ditarik Kasar Peminat Namun Tindakan Baik Park Eunbin Dibanjiri Pujian

(VIDEO) Ditarik Kasar Peminat Namun Tindakan Baik Park Eunbin Dibanjiri Pujian

Bukan sahaja mempunyai bakat lakonan yang hebat bahkan Park Eun-bin juga merupakan seorang yang sangat baik.

Terbaru, sebuah video memaparkan Park Eun-bin dikerumuni peminat telah tular di serata laman komuniti. Nampak seperti biasa sahaja namun ramai yang marah apabila melihat seorang peminat menarik bahu pelakon itu untuk menatap wajahnya.

park eunbin

Jelas individu yang memuat naik mengenai kejadian itu,

Semasa dalam perjalanan pulang, Park Eun-bin terus menyapa ‘Hi’, ‘Terima kasih’, ‘Pulang dengan selamat’. Ketika ingin memasuki kereta, seseorang telah menampar bahunya dan menarik Park Eun-bin ke arah mereka.

Pastinya merupakan satu situasi mengejutkan, tetapi reaksi tidak dijangka Park Eun-bin membuatkan netizen mengagumi personalitinya yang baik. Khabarnya, pelakon tersebut menghentikan halangan pengawal keselamatan dan memohon maaf kepada individu itu selain mengatakan, ‘Pulang dengan baik’.

Komen orang ramai,

Peminat ini mungkin tak sengaja tertarik kerana ramai orang di situ.

 

Kalau awak peminat sebenar, bukankah lebih elok kalau awak berhati-hati menyentuh dalam situasi itu.

Baik kan Park Eun-bin?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...