Ikuti Kami:

Vampire Tak Lokek Bantuan, Kang Hanna Sah Terajui Drama Fantasi ‘Bite Sisters’

Vampire Tak Lokek Bantuan, Kang Hanna Sah Terajui Drama Fantasi ‘Bite Sisters’

Nampaknya Kang Han-na selesa bermain dengan watak mistik! Selepas menjadi gumiho dalam “My Roommate Is A Gumiho” baru-baru ini, wanita itu disahkan bakal berlakon sebagai vampire dalam “Bite Sisters”

Dihasilkan oleh Handsome dan CJ ENM, “Bite Sisters” ialah drama digital fantasi mengenai Han Yi-na, seorang vampire berusia 821 tahun yang tidak boleh melihat ketidakadilan. Apabila dia tanpa sengaja menjadi influencer dengan trend baru dan meraih berjuta pengikut, Han Yi-na menggunakan kelebihan tersebut untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan.

Sudah pun disahkan oleh agensinya, Kang Han-na akan melakonkan watak Han Yi-na yang mampu mengubah apa gaya sekalipun menjadi trend popular dan tidak takut meluahkan apa yang terbuku di hati.

kang hanna

“Bite Sisters” akan memulakan tayangan dari 19 Oktober menerusi saluran YouTube ‘Handsome’.

Sesuai tak Kang Han-na jadi vampire?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...