Ada tak yang dah mula tonton program “Jinny’s Kitchen” sekarang?
Pada minggu lepas, episod pertama “Jinny’s Kitchen” telah mula disiarkan, dengan ahli Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS mula bersiap sedia untuk membuka restoran mereka di Mexico.
Terbaru, Good Data Corporation telah menerbitkan kedudukan untuk program Korea yang paling trending minggu ini, ditentukan menerusi analisis data dari artikel, catatan blog, media sosial dan komuniti dalam talian.
https://twitter.com/naver_taehyung/status/1631257849379840006?s=20
Hanya dengan 1 episod, “Jinny’s Kitchen” adalah program ke-2 bukan drama yang paling popular kini, dengan V menjadi topik yang paling banyak diperkatakan bagi kategori bukan drama.
Sementara itu, episod pertama program tersebut juga telah berjaya meraih rating mengagumkan iaitu sebanyak 8.8%, untuk rancangan kabel di seluruh negara.
Tahniah!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉