Selain hebat berlakon, Lim Ji-yeon juga sering dipuji kerana wajah cantiknya.
Terbaru pada 5 September, Lim Ji-yeon telah menghadiri sebuah acara untuk jenama barang kemas di Gangnam, Seoul.
Menarik perhatian, pelakon “The Glory” itu tampil menawan memakai dress putih yang kelihatan seperti gaun pengantin, digayakan pula dengan aksesori seperti rantai, gelang tangan dan cincin.
Menerusi artikel dari media Korea, ramai sepertinya sudah dapat membayangkan penampilan Lim Ji-yeon, ketika dia berkahwin dengan Lee Do-hyun nanti.
Komen netizen,
- Cantiknya dia!
- Untung Lee Do-hyun.
- Adakah dia akan nampak macam ni bila majlis kahwinnya nanti?
Cantik naw!