Ikuti Kami:

Unik & Menarik, 3 Interpretasi Moden Bagi Kisah Dongeng ‘Gumiho’ Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

Unik & Menarik, 3 Interpretasi Moden Bagi Kisah Dongeng ‘Gumiho’ Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

“Tale Of The Nine Tailed” nampaknya kini dah berjaya merebut hati ramai penonton K-Drama sampai berjaya meraih rating tinggi semasa tayangan awalnya. Yang seronoknya, drama ini menggunakan mitos ‘rubah berekor sembilan’ dan mengubahnya menjadi lebih moden!

Rekaan semula kisah dongeng ‘K-Fantasi’

“Tale Of The Nine Tailed” membawa kisah unik di mana watak daripada mitos legenda Korea yang kelihatan serupa seperti kita. Babak dalam drama ini lebih mengujakan apabila menyelitkan karakter yang dikenali dalam bentuk baru seperti, adik-beradik rubah, batuan Buddha dan makhluk mitos bulgasari iaitu raksasa yang menjamah besi. Disebabkan itu, drama ini membuatkan ramai penonton lebih mengenali dengan rapat beberapa kisah legenda Korea ini.

tale of the nine tailed

Gumiho lelaki yang juga merupakan hero aksi-romantik

Salah satu aspek yang menarik perhatian ramai untuk menonton drama ini sebelum ditayangkan lagi pun ialah kerana watak rubah berekor sembilan yang digalas oleh lelaki. Ini kerana gumiho ini lebih banyak dikaitkan dengan waniat jelita sebelum ini. Tambahan pula, watak Lee Dong-wook iaitu Yi Yeon ialah gumiho dan juga bekas roh gunung di kawasan Gunung Baekdudaegan lantas membuatkan dia mempunyai kemahiran hebat melebihi manusia biasa.

Meskipun hebat beraksi, namun Yi Yeon juga mempunyai sifat seorang yang romantik seperti mana dia menunggu selama berkurun lamanya bagi menyaksikan cinta pertamanya dilahirkan kembali. Seperti naluri rubah sebenar, mereka hanya akan setia terhadap satu pasangan sehingga ke akhirnya.

tale of the nine tailed

Modernisasi kisah tradisional

“Tale Of The Nine Tailed” turut menzahirkan kisah dongeng dalam bentuk dunia moden. Sebagai contoh, sungai yang merupakan perantara di antara kehidupan ini dan dunia akhirat (“Samdochun”) diubah menjadi ‘Pejabat Imigresen Dunia Akhirat’ dalam drama ini.

Sama juga dengan kisah ‘Snail Bride’ (“Ureonggaksi”) yang dikenali sebagai seorang yang suka menyediakan makanan untuk keluarganya dalam ceritanya dan ia diselit dalam drama ini sebagai sebuah restoran dengan nama yang sama dan merupakan restoran makanan tradisional Korea.

Walaupun penjaga gerbang dunia akhirat biasanya mempunyai watak yang menakutkan, tetapi dalam drama ini dia tenang sahaja sambil menghirup Americano ais dan berlawan dengan komputer dalam pejabat yang antik dan sofistikated. Lain kan interpretasi daripada yang asal?

tale of the nine tailed

Seronok betul drama “Tale Of The Nine Tailed” dan korang semua mesti tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...