Ikuti Kami:

Ungkap Kisah Keluarga Seperti Orang Asing, Penonton Puji Plot Realistik ‘My Unfamiliar Family’

Ungkap Kisah Keluarga Seperti Orang Asing, Penonton Puji Plot Realistik ‘My Unfamiliar Family’

Seperti yang diketahui semua, drama Korea sering menampilkan naskhah tanpa mengira genre. Kesemua tema yang ada di muka bumi ini sudah pasti boleh didapati dalam ribuan drama Korea yang ada.

Mungkin disebabkan terlalu banyak drama berunsur dramatik sejak kebelakangan ini, tvN telah mempertaruhkan satu naskhah menyejukkan hati dan membuatkan penonton mula menyedari kepentingan nilai kekeluargaan.

tvn my unfamiliar family

Sinopsis “My Unfamiliar Family”

Drama ini membawa penonton menelusuri hubungan rumit di antara keluarga dan rakan-rakan. Kim Eun-hee (Han Ye-ri) merupakan anak kedua yang mempunyai hubungan asing dengan setiap ahli keluarganya. Oleh sebab itu, dia lebih senang menceritakan segala masalah kepada rakan baiknya yang sudah dianggap seperti abang sendiri iaitu Park Chan-hyuk (Kim Ji-seok).

Naskhah ini memberi penekanan kepada realiti keluarga moden kini yang kian menjauh antara satu sama lain apabila semakin meningkat tua. Bagi mengisi ruang yang kosong itu, ada antara ahli keluarga yang memilih untuk mengikat hubungan dengan orang luar dan menganggap mereka sebagai keluarga sebenar. Walaubagaimanapun seperti kata pepatah, ‘air yang dicincang tidak akan putus’.

Penonton puji jalan cerita

Episod pertama “My Unfamiliar Family” ini berjaya memikat hati penonton dengan plot ceritanya yang realistik mengenai hubungan kekeluargaan. Eun-hee yang banyak bergantung kepada sahabat baiknya daripada keluarga sendiri membuatkan ramai yang sedar bahawa perkara itu adalah sesuatu yang normal di sekeliling mereka.

han yeri my unfamiliar family

Rating yang diraih untuk episod perdana ini juga agak membanggakan apabila drama ini berjaya mencatatkan angka 3.1%. Malah ia meningkat kepada 3.9% semasa episod keduanya. Pengarah ini juga menyatakan bahawa isu di antara ahli keluarga dalam naskhah ini adalah sangat realistik sampai ia akan membuatkan anda tak selesa. Fuhh!

Saya dah boleh bau… bau drama yang dibuat dengan baiknya!

 

Saya sangat menantikan drama ini. Pada awalnya saya merupakan penonton setia ‘Born Again’ tetapi saya tinggalkannya untuk ‘My Unfamiliar Family’.

 

Walaupun baru satu episod tetapi ianya tak bosan langsung, sebuah drama yang bagus!

 

Saya rasa Han Ye-ri mempunyai tuah dalam memilih drama yang baik.

 

Tiada langsung pelakon yang tak pandai berlakon dalam drama ini!

Tonton “My Unfamiliar Family” setiap Isnin dan Selasa di tvN!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...