Ikuti Kami:

Undur Diri Tanpa Berbincang, Pihak Produksi Tidak Bersetuju Kim Youngdae Keluar ‘School 2021’

Undur Diri Tanpa Berbincang, Pihak Produksi Tidak Bersetuju Kim Youngdae Keluar ‘School 2021’

Selepas berita Kim Young-dae mengundurkan diri daripada drama “School 2021”, nampaknya ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar disebaliknya.

Terbaru, pihak produksi drama itu sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenai hal tersebut.

Pelakon Kim Young-dae yang diambil berlakon dalam ‘School 2021’, telah menandatangani kontrak untuk membintanginya selain turut menyertai perjumpaan pelakon utama dan sesi latihan pembacaan skrip. Sementara bersedia untuk penggambaran pada Julai, agensinya secara tiba-tiba menyatakan bahawa pelakon tersebut akan mengundurkan diri daripada drama ini tanpa berbincang dahulu dengan pihak produksi.

Pihak produksi dan KBS tidak bersetuju dengan pengunduran Kim Young-dae daripada drama ini dan kami sedang berusaha untuk mencapai persetujuan bersama.

Agak malang apabila artikel mengenai Kim Young-dae bakal membintangi drama lain dikeluarkan dalam waktu yang sama dengan artikel pengunduran diri daripada ‘School 2021’ tanpa berbincang secara rasmi dengan pihak produksi kami.

Kami akan berkongsi keputusan akhir nanti.

kim youngdae

Sama-sama kita nantikan kemas kini terbaru mengenai isu ini. Harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...