Utama Celebrity News Umum Akan Berkahwin, Komen Lee Minho Di Entri Lee Seunggi Buat Netizen...

Umum Akan Berkahwin, Komen Lee Minho Di Entri Lee Seunggi Buat Netizen Terhibur

lee seunggi lee minho

Berita mengenai perkahwinan Lee Seung-gi dan Lee Da-in pastinya menggembirakan ramai orang.

Terbaru, Lee Seung-gi telah berkongsi ucapan menerusi surat tulisan tangan di laman Instagram, mengumumkan kepada orang ramai perkahwinannya bersama Lee Da-in pada 7 April ini.

Menghiburkan ramai, Lee Min-ho turut meninggalkan komen di entri berkenaan dengan menulis,

Situasi apakah ini? Lee Seung-gi menyanyi ‘Will You Marry Me’? (tajuk lagu Lee Seung-gi)

Balas Lee Seung-gi,

Saya perlukan rapper, apa pendapat awak?

Lee Min-ho bila pula tu?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Loading...