Ikuti Kami:

Umji VIVIZ Serta Beberapa Idola Lain Disahkan Positif COVID-19

Umji VIVIZ Serta Beberapa Idola Lain Disahkan Positif COVID-19

Sejak beberapa hari ini, kes positif COVID-19 dalam kalangan idola K-Pop kian meningkat.

Beberapa hari lepas, telah diumumkan bahawa Eun-hyuk SUPER JUNIOR, Jin-hwan, Yun-hyeong, Dong-hyuk, Chan-woo, Jun-hoe iKON, Seung-hoon WINNER, Yoshi TREASURE, Hyolyn, Eric, Young-hoon, Hyun-jae THE BOYZ, Kwon Eun-bi, Jae-hee WEEKLY dan ramai lagi telah disahkan positif COVID.

Pada hari ini pula, kes positif masih kekal meningkat apabila diumumkan bahawa Umji VIVIZ, Yoo-bin OH MY GIRL, Yu-na BRAVE GIRLS dan Hak-nyeon THE BOYZ juga telah diuji positif bagi virus COVID-19. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi bagi Umji VIVIZ:

Umji telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19nya, tetapi salah seorang kakitangan adalah kenalan rapat kes positif COVID-19, jadi dia menjalani ujian PCR, dan pada 28 Januari, dia disahkan menghidap virus itu.

VIVIZ yang telah dijadualkan untuk debut pada 9 Februari ini, berkemungkinan bakal menunda hari debut ke tarikh lain. Ahli lain SinB dan Eunha juga telah menjalani ujian PCR, dan telah diuji negatif.

kes positif covid idola kpop

Bagi idola lain, agensi juga turut mengesahkan bahawa kesemua mereka sudah pun menerima dua dos vaksin COVID-19, namun disebabkan ada kontak rapat, mereka telah melakukan ujian PCR, dan diuji positif.

Semoga cepat sihat kesemuanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...