Ikuti Kami:

Ujian Kit Kendiri COVID-19 Ji Sukjin Positif

Ujian Kit Kendiri COVID-19 Ji Sukjin Positif

Selepas Kim Jong-kook disahkan positif COVID-19 baru-baru ini, nampaknya ada seorang lahi rakan terdekat yang turut menerima hasil yang sama.

Menurut agensi Ji Suk-jin, lelaki itu menerima keputusan positif selepas menjalani ujian kit kendiri COVID-19.

Dia sudah melakukan ujian PCR pada 2 ke 3 petang tadi dan sedang menantikan keputusannya kini.

ji sukjin

Berikutan laporan ini, beberapa program yang disertai lelaki itu seperti “Tteokbokki House” akan mengalami sedikit gangguan.

Dalam pada itu, pihak “Running Man” memberikan kenyataan baru-baru ini berikutan keputusan positif Kim Jong-kook di mana tiada sebarang penangguhan daripada pihak mereka memandangkan tiada jadual penggambaran yang akan dilakukan sehingga pertengahan Februari.

Semua kena berhati-hati!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...