Ikuti Kami:

UEE Kongsi Tips Bagaimana Untuk Kekal ‘Fit’ & Cergas

UEE Kongsi Tips Bagaimana Untuk Kekal ‘Fit’ & Cergas

UEE bekas ahli AFTER SCHOOL memang sering terkenal dengan badannya yang ‘fit’ dan cantik.

Pada 11 Januari, UEE telah menjadi tetamu jemputan di program ‘Kim Shin-young’s Noon Song of Hope’, dan telah mendapat pujian daripada penerbit program itu. Penerbit itu memuji UEE,

Awak adalah yang paling cantik dalam kalangan selebriti.

DJ Kim Shin-young kemudiannya bertanya bagaimana UEE sentiasa berjaya untuk kekal cergas. UEE menjawab,

Saya mempunyai penggambaran drama sehingga malam, jadi saya menunggang basikal dalaman di rumah dan sentiasa bersenam.

UEE

Kim Shin-young berkongsi,

UEE sangat pandai menjaga dirinya. Pada program makanan yang kami lakukan bersama, semua orang pergi berbaring selepas makan, tetapi UEE pergi bersenam.

UEE juga mendedahkan,

Saya suka makanan pedas, jadi saya perlu bersenam sama banyak. Walaupun saya makan makanan pedas, saya cuba untuk mengeluarkan peluh daripada pergi ke bilik air.

Yang paling penting ialah kena berdisiplin kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...