Ikuti Kami:

Ubat Rindu, ‘The World Of The Married’ Bakal Tayang Dua Episod Istimewa Minggu Ini

Ubat Rindu, ‘The World Of The Married’ Bakal Tayang Dua Episod Istimewa Minggu Ini

Aduh! Sekejapnya rasa, rupanya “The World Of The Married” dah habis pun tayangan tiga hari lepas. Selepas 16 episod buat penonton tak senang duduk, rata-rata penonton sepertinya masih lagi tak boleh ‘move on’ dengan drama curang dan pengkhianatan di antara pasangan suami isteri ini.

Penutup yang bercampur reaksi

Dengar cerita ada yang tidak berpuas hati dengan penamat “The World Of The Married” kerana nampak seperti terbuka penutupnya. Masih banyak lagi persoalan atau pun dendam penonton yang tidak terbalas kepada beberapa watak dalam drama itu. Contohnya Da-kyung yang hidup bahagia meskipun dialah punca kepada keretakan perkahwinan Sun-woo dan Tae-oh pada awalnya.

kesudahan the world of the married

Punyalah hebat drama ini sehingga ia berjaya memintas “SKY Castle” sebagai drama dengan rating tertinggi di saluran berbayar. Tidak pastilah drama mana pula selepas ini yang dapat lawan rekod 28.27% yang dipegang kemas oleh “The World Of The Married”.

Dua episod istimewa

Disebabkan oleh populariti yang tidak dijangka itu, saluran JTBC telah mengesahkan bahawa pihak mereka akan menayangkan 2 episod istimewa merangkumi pelbagai babak belakang tabir sepanjang penggambaran drama tersebut berlangsung.

Jangan keliru pula! Tiada sambungan cerita tahu, babak Sun-woo peluk erat Jun-young itu adalah penutup kepada “The World Of The Married”.

episod akhir the world of the married

Episod istimewa ini sering disiarkan apabila sesebuah drama menerima respons yang baik daripada penonton, salah satu contoh mudah ialah “Goblin”. Untuk “The World Of The Married”, dua episod ini akan ditayangkan pada slot yang sama dengan tayangan episod baisanya pada 22 dan 23 Mei ini.

“Elegant Friends” tangguh tayangan

Keputusan untuk menayangkan episod di belakang tabir ini juga dibuat kerana penjadualan pelbagai drama yang terganggu sekarang ini dek COVID-19. Bahkan drama “Elegant Friends” yang sepatutnya menggantikan drama ini juga terpaksa menangguhkan tayangan sehingga ke bulan Julai nanti.

Sehingga ke jangka masa tersebut, JTBC terpaksa mengatur program lain bagi memenuhi slot tayangan tersebut. Sebab itulah dua episod istimewa ini telah dipilih untuk ditayangkan dalam slot tersebut.

Kalau nak lepas rindu, jangan lupa tonton dua episod belakang tabir “The World Of The Married” ini.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...