Ikuti Kami:

Ubat Rindu, Episod Epilog ‘Mr. Queen: Bamboo Forest’ Duduki Tangga Teratas Di Laman Penstriman

Ubat Rindu, Episod Epilog ‘Mr. Queen: Bamboo Forest’ Duduki Tangga Teratas Di Laman Penstriman

Bagi yang dah rindukan “Mr. Queen”. tak perlu risau kerana drama itu kini sedang menayangkan 6 episod epilog istimewa bertajuk “Mr. Queen: Bamboo Forest” di laman penstriman TVing.

Di dalam siri pendek ini akan ditayangkan kisah pertemuan pertama Raja Cheoljong (Kim Jung-hyun) dan Kim So-yong (Shin Hye-sun) dan lelaki itu yang cemburu melihat rakan lelaki permaisuri tersebut serta cerita baru mengenai Hwa-jin (Seol In-ah). Bahkan penonton akan disajikan pelbagai perkembangan baru dan rahsia yang tidak terungkai dalam drama utama termasulah kombinasi Kim Byung-in (Na In-woo) dan Yeong-pyeong (Yoo Min-gyu).

mr. queen: bamboo forest Baru sahaja dua episod ditayangkan namun “Mr. Queen: Bamboo Forest” sudah pun menerima respons yang hangat apabila berjaya menduduki tangga teratas dalam ranking carian di pelbagai laman portal popular. Bahkan klip yang diriliskan dengan lebih awal di YouTube dan NaverTV turut menjadi video popular sekaligus membuktikan ramai yang menontonnya. Bahkan di TVing, “Mr. Queen” dan “Mr. Queen: Bamboo Forest” berada di tangga pertama dan kedua sebagai rancangan popular kini.

Menurut pihak produksi, penonton akan melengkapkan cerita yang tertinggal dalam dram utama menerusi 6 episod epilog ini. Ianya merangkumi episod bertajuk ‘The Secret of the First Meeting’, ‘The Secret of the Game’, ‘The Secret of the Woman’, ‘The Secret of the Boyfriend’, ‘The Secret of Real Siblings’ dan ‘The Secret of Destruction’.

mr. queen: bamboo forestUntuk ubati demam korang, jangan lupa saksikan episod epilog ini tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...