Ikuti Kami:

TXT Sah Buat Comeback Awal Mei Ini

TXT Sah Buat Comeback Awal Mei Ini

TXT atau TOMORROW X TOGETHER, kumpulan yang ditubuhkan oleh Big Hit Music (sebahagian dari HYBE Labels) tidak asing lagi dari dunia industri muzik K-Pop. Sejak debut mereka pada 2019, peminat masih setia dan teruja setiap kali mereka akan mengeluarkan lagu-lagu baharu.

Menurut sumber, kumpulan ini akan membuat comeback pada awal Mei ini sejak album mereka “The Chaos Chapter: FIGHT OR ESCAPE”! dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Comeback kali ini semestinya amat dinanti-nantikan oleh peminat K-Pop memandangkan ia merupakan album yang telah lama disediakan, jadi lonjakan untuk berada di kedudukan teratas dalam carta K-pop amatlah diharapkan dengan berbekalkan muzik dan persembahan yang berkualiti tinggi.

TXTSiri ‘Chaos Chapter’ yang dikeluarkan oleh TXT pada tahun lalu telah berjaya diiktiraf sebagai ‘2021 K-Pop Album’. Album ke-2 ‘Chaos Chapter: FREEZE’ ialah satu-satunya album artis K-pop dalam Album Terbaik Tahun Ini TOP 50 yang dipilih oleh British NME.

Nantikan comeback terbaru TXT!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...