Ikuti Kami:

tvN Kongsi Bakal Tayang Episod Istimewa ‘Mouse’ Untuk Leraikan Persoalan Selepas Episod 10

tvN Kongsi Bakal Tayang Episod Istimewa ‘Mouse’ Untuk Leraikan Persoalan Selepas Episod 10

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa ramai yang syok habis menonton drama thriller jenayah “Mouse”?

Drama ini membawa kisah seorang lelaki yang telus dan naif, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif tanpa kira undang-undang bernama Go Moo-chi (Lee Hee-joon) yang obses untuk membalasa dendam terhadap pembunuh bersiri yang menjadi dalang kepada pembunuhan ibu bapanya semasa kecil. Dua lelaki yang berbeza personaliti ini bergabung tenaga bagi mengejar penjahat dalam kalangan ‘1% teratas’ psikopat.

Bagi meleraikan pelbagai persoalan penonton, pihak produksi “Mouse” mengesahkan bahawa mereka akan menayangkan satu episod istimewa pada 7 April nanti. Ini disebabkan,

Selepas tayangan episod ke-10 nanti, akan ada perubahan suasana pada jalan ceritanya. Jadi ia akan membuatkannya menjadi lebih seronok buat penonton.

tvn mouse

“Mouse” ternyata mendapat pujian ramai kerana mempunyai plot cerita yang padat dan utuh selain perkembangan yang menarik perhatian. Malah kesudahan setiap episod yang mendebarkan berjaya membuatkan ramai yang tak senang duduk menantikan sambungannya.

Episod ke-11 “Mouse” pula akan ditayangkan pada 8 April nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...