Ikuti Kami:

tvN Dituduh Pilih Kasih, Asyik Ubah Masa Tayangan ‘The Road: Tragedy Of One’ Demi ‘Hospital Playlist 2’

tvN Dituduh Pilih Kasih, Asyik Ubah Masa Tayangan ‘The Road: Tragedy Of One’ Demi ‘Hospital Playlist 2’

Untuk tahun 2021 ini, tvN nyata menjadi saluran popular buat peminat K-Drama untuk mendapat pelbagai kandungan pelbagai genre. Disebabkan oleh itu, semakin banyak drama yang ditayangkan olehnya dek resepsi peminat yang baik.

Walaubagaimanapun, timbul satu cerita yang tidak baik baru-baru ini apabila ada yang mengatakan tvN lebih mementingkan tayangan “Hospital Playlist 2” berbanding “The Road: The Tragedy Of One”. Hal ini berlaku pada hari Khamis memandangkan drama thriller itu yang ditayangkan selepas naskhah perubatan berkenaan.

Pada asalnya “The Road: Tragedy Of One” menjanjikan tayangan pada 10.30 p.m (waktu Korea) namun ianya berubah kepada 10.50 p.m. (waktu Korea) memandangkan “Hospital Playlist 2” yang mempunyai durasi tayangan menghampiri 2 jam pada saban episod.tvn the road: tragedy of oneBahkan disebabkan waktu tayangan drama perubatan itu yang tidak menentu, “The Road: Tragedy Of One” sering ditayangkan sekitar 11.10 p.m. (waktu Korea), lewat daripada jadual yang dihebahkan.

Mungkin sedar dengan kontroversi yang melanda, tvN telah menayangkan “Hospital Playlist 2” awal 5 minit ketika tayangan 26 Ogos lalu dan akan melakukan hal yang sama pada hari ini. Bagi “The Road: Tragedy Of One” pula, ianya akan memulakan tayangan pada 11.p.m (waktu Korea).tvn hospital playlist 2Mungkin nampak remeh tapi ada segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai hal berkenaan memandangkan waktu tayangan berbeza hampir 40 minit berbanding rencana asal. Bukan sahaja menggusarkan penonton kerana tayangannya yang lewat, malah mereka meluahkan rasa kasihan terhadap pihak produksi dan pelakon drama thriller itu kerana ditolak ketepi bagi memberi laluan buat drama yang lebih popular.

Sekadar pengetahuan, “The Road: Tragedy Of One” akan menayangkan episod akhirnya pada malam ini (9 September).

Apa pandangan anda mengenai hal ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...