Ikuti Kami:

Turut Dibintangi Park Seojoon, Mendiang Na Chul Dah Selesai Jalani Penggambaran ‘Concrete Utopia’

Turut Dibintangi Park Seojoon, Mendiang Na Chul Dah Selesai Jalani Penggambaran ‘Concrete Utopia’

Meskipun sakit, rupanya mendiang Na Chul tetap bekerja keras dalam pelbagai projek lakonan.

Menurut laporan industri, lelaki itu dikatakan meninggalkan “Concrete Utopia” sebagai naskhah terakhir lakonannya,

‘Concrete Utopia’ sudah pun selesai penggambaran. Na Chul mambwa watak bernama Jeong-nam di dalam naskhah itu.

Untuk pengetahuan, Filem itu menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka. Ia akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong.

concrete utopia

Berusia 36 tahun, mendiang pernah membintangi pelbagai drama seperti “The Good Wife”, “Weak Class Hero 1”, “Stranger 2”, “Vincenzo”, “Happiness”, “D.P.”, “Through The Darkness” dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pengebumian buat Na Chul disediakan di Bilik 5 di Dewan Pengebumian Hospital Universiti Soonchunhyang di Yongsan pada 23 Januari ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...