Sebelum ini kita dengar ura-ura sahaja kumpulan ini akan comeback, tetapi terbaru, NCT Dream telah mengumumkan tarikh baru untuk konsert solo kedua mereka! Wah, bestnya!
Perkara itu disahkan apabila agensi mereka, SM Entertainment mengesahkan bahawa NCT Dream kini sudah mempunyai tarikh baharu dan juga tempat untuk konsert solo kedua mereka iaitu, “The Dream Show 2: In A Dream”. Pada mulanya, NCT Dream merancang untuk menemui peminat pada konsert solo kedua mereka dari 29 sehingga 31 Julai di Gocheok Sky Dome, Seoul. Bagaimanapun, konsert itu dibatalkan selepas dua ahli mereka Mark dan Ren-jun disahkan positif COVID-19.
Kini, konsert “The Dream Show 2 : In A Dream” akan berpindah ke tempat yang lebih besar iaitu di Stadium Olimpik Jamsil. Konsert itu akan berlangsung selama dua hari dari 8 sehingga 9 September, dan hari kedua konsert itu akan disiarkan secara langsung menerusi dalam talian melalui platform Beyond LIVE.Nasib baik ada tarikh baru… ingatkan batal terus…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.