Ikuti Kami:

Tular Wajah Cantik Ibu Jennie Blackpink, Netizen Puji Genetik Mereka!

Tular Wajah Cantik Ibu Jennie Blackpink, Netizen Puji Genetik Mereka!

Umum mengetahui bahawa ahli kumpulan Blackpink semuanya cantik-cantik belaka! Tak kisahlah sama ada Jennie, Jisoo, Rosé mahupun Lisa, rupa paras mereka memang menawan. Patutlah mereka semua dikumpulkan dalam satu kumpulan yang sama.

Tambahan Jennie yang mempunyai wajah comel tetapi apabila membuat persembahan, auranya sangat memukau! Kalau anda nak tahu, ramai selebriti yang jadikan Jennie sebagai wanita ideal mereka kerana kecantikannya. Ramai peminat yang tertanya-tanya apalah yang dimakan oleh gadis genit itu sehingga mempunyai wajah secantik itu.

Terjawab sudah persoalan mereka tersebut apabila tular gambar ibu kandung Jennie baru-baru ini. Patutlah gadis itu cantik, rupa ibunya juga lawa!

wajah ibu jennie seiras dengannya

wajah ibu jennie seiras dengannya

Selain itu, Jennie turut berkongsi beberapa gambarnya bersama ibu kesayangan semasa mereka berdua bercuti di Paris. Walaubagaimanapun, Jennie hanya berkongsi gambar ibunya daripada tepi dan bukannya gambar penuh yang menampakkan wajahnya.

 

 

View this post on Instagram

 

Took a little trip to this adorable village with my mum

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Rata-rata peminat yang melihat gambar ibu Jennie itu membanjirinya dengan pujian. Mereka juga mengatakan wajah Jennie saling tak tumpah dengan ibunya. Kecantikan itu diwarisi rupanya!

“Dia kelihatan sangat serupa dengan ibunya. Cantik betul, memang gilalah genetiknya.”

“Mereka kelihatan sangat seiras.”

“Visual yang sempurna.”

Untunglah Jennie kerana mewarisi genetik yang baik sahaja daripada kedua ibu bapanya. Saling tak tumpah kecantikan wajah ibunya kepadanya!

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...