Ikuti Kami:

Trending Di Netflix Kini, ‘Black Knight’ Hadapi Tuduhan Plagiarisme Tapi Betul Ke?

Trending Di Netflix Kini, ‘Black Knight’ Hadapi Tuduhan Plagiarisme Tapi Betul Ke?

Siapa yang dah layan kesemua 6 episod drama “Black Knight”?

Bagi yang belum tahu, “Black Knight” yang diterajui Kim Woo-bin, mengisahkan tentang dunia distopia di mana manusia tidak mampu hidup tanpa alat bantuan oksigen.

Baru-baru ini, ada yang mendakwa bahawa siri tersebut mempunyai persamaan dengan permainan video “Death Stranding” yang dilancarkan pada 2019.

Selepas video trailer untuk “Black Knight” dilancarkan, beberapa pengguna dalam talian menuduh drama itu sebagai plagiarisme, kerana persamaan dengan permainan “Death Stranding”, terutamanya dengan watak utama yang menghantar pakej dan tetapan dystopian.

black knight death stranding

Selepas pelbagai spekulasi dibuat, pasukan produksi “Black Knight” tampil memberi respon mengenai dakwaan berkenaan. Mereka menekankan,

‘Black Knight’ ialah siri berdasarkan webtoon dengan nama yang sama oleh pengarah Lee Yoon-gyun, yang mula disiarkan pada 2016.

Sementara itu, “Black Knight” telah tersenarai dalam ranking Top 10 Netflix di 83 negara, termasuk Malaysia.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...