Ikuti Kami:

Trending Di Beberapa Negara, ‘Hometown Cha Cha Cha’ No 1 Di Ranking Top 10 Netflix Malaysia

Trending Di Beberapa Negara, ‘Hometown Cha Cha Cha’ No 1 Di Ranking Top 10 Netflix Malaysia

Menjangkau jangkaan, “Hometown Cha Cha Cha” mampu memberikan impresi pertama yang baik buat peminat K-Drama.

Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Doo-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Selepas menayangkan dua episod awalnya, drama lakonan Kim Seon-ho dan Shin Min-ah itu berjaya menunjukkan prestasi yang memuaskan. Daripada menduduki tempat pertama bagi slot tayangan Sabtu-Ahad bagi saluran kabel, ianya turut mendapat perhatian di laman penstriman Netflix.netflix hometown cha cha chaMenurut sumber, “Hometown Cha Cha Cha” berjaya menduduki No 1 di beberapa negara Asia seperti Filipina, Singapura, Thailand dan juga Malaysia. Manakala ianya turut disenarai di kedudukan yang tinggi bagi 13 negara lain.

Sepertinya ramai yang ingin mengetahui perkembangan hubungan di antara Hong Du-shik dan Yoon Hye-jin. Meskipun masih lagi awal untuk dibincangkan namun keduanya sudah pun membuatkan hati penonton berbunga-bunga.

Jangan lupa saksikan “Hometown Cha Cha Cha” di Netflix pada setiap hari Sabtu dan Ahad!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...