Ikuti Kami:

Cipta Sejarah Buat K-Drama, ‘Squid Game’ No 1 Di Ranking Program TV Popular Netflix Global Kini

Cipta Sejarah Buat K-Drama, ‘Squid Game’ No 1 Di Ranking Program TV Popular Netflix Global Kini

Fenomena demi fenomena, “Squid Game” terus menjadi buah mulut orang ramai kerana plotnya yang mendebarkan namun mengujakan dalam masa yang sama.

Selepas beberapa hari di tangga ke-2 dalam , siri itu akhirnya berjaya menolak “Sex Education” bagi menduduki takhta ranking program TV popular di Netflix Global.

Bukan itu sahaja ianya turut trending di negara Argentina, Australia, Bolivia, Brazil, Canada, Chile, Colombia, Costa Rica, Dominican Republic, Equador, Egypt, Jerman, Guatemala, Honduras, Hong Kong, Indonesia, Jamaica, Jepun, Jordan, Kuwait, Lebanon, Malaysia, Mexico, Morocco, New Zealand, Niacaragua, Oman, Panama, Paraguay, Peru, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Turki, Arab Bersatu Emiriah, US, Uruguay, Venezuela dan Vietnam.

netflix squid game

Pencapaian ini merupakan sesuatu yang membanggakan kerana ini ialah kali pertama K-Drama berjaya meraih No 1 bagi ranking berkenaan.

Dalam pada itu, “Hometown Cha Cha Cha” turut tersenarai di tangga ke-9 di dalam ranking tersebut.

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Hebat betul “Squid Game”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...