Ikuti Kami:

Tragedi Tiada Kesudahan, ‘The Road: Tragedy Of One’ Tamat Dengan Rating Biasa

Tragedi Tiada Kesudahan, ‘The Road: Tragedy Of One’ Tamat Dengan Rating Biasa

Akhirnya “The Road: Tragedy Of One” menutup siarannya selepas 12 episod menemui penonton.

Sinopsis

Drama misteri ini mengisahkan insiden tragik yang mengambil tempat pada satu malam yang dibasahi hujan lebat. Dalam keheningannya, ia menyelubungi kejadian tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai rahsia yang berbelit dan mengakibatkan banyak lagi tragedi lain.

Tragedi bertemu tragedi

[Amaran SPOILER]

Tragedi yang bermula berpuncanya daripada ketamakan dan kepentingan diri semua. Kematian Choi Jun-young akhirnya didedahkan dan mengejutkan kerana Seo Eun-soo (Yoon Se-ah) merupakan dalang sebenarnya. Bahkan kerana sayangkan suami, dia bertindak merahsiakan perkara tersebut dan mahukan semuanya berakhir dengan menutupnya dengan pelbagai lagi pembohongan.tvn the road: tragedy of oneTragedi yang bermula nampaknya berakhir tragedi buat semua. Malah Baek Soo-hyun (Ji Jin-hee) juga merupakan antara penyebab kepada insiden ini. Berakhir gelap, lelaki ini memandang sepi apabila melihat hidupnya tidak mempunyai apa-apa makna kini.

Rating rendah

Meskipun bermula baik dengan catatan rating dalam lingkungan 3% namun “The Road: Tragedy Of One” menunjukkan penurunan pada saban episodnya. Pernah menurun sehingga ke lingkugan 1% namun episod terakhirnya duduk selesa dengan rekod 2.856%.tvn the road: tragedy of oneHanya mempunyai 12 episod, drama ini ternyata membuatkan penonton hilang kepercayan kepada semua wataknya.

Siapa yang belum layan, boleh marathon drama ini nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...