Ikuti Kami:

Tonjol Masalah Kehidupan Harian Secara Nyata Atau Kelakar, Ini 10 K-Drama Realistik Buat Tatapan Penonton

Tonjol Masalah Kehidupan Harian Secara Nyata Atau Kelakar, Ini 10 K-Drama Realistik Buat Tatapan Penonton

Pernah tak dengar frasa ‘slice of life’? Kalau anda nak tahu banyak juga drama Korea yang mengangkat tema ini dalam naskhah mereka. Maksudnya ialah perlambangan realistik mengenai kehidupan seharian sama ada dalam bentuk filem, buku ataupun pementasan.

Nah antara contohnya!

1. Age Of Youth

Pelakon: Han Ye-ri, Han Seung-yeon, Park Eun-bin

age of youth

Ikuti kisah lima gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an tinggal bersama dalam rumah sewa “Belle Epoque”. Yang menariknya setiap daripada mereka mempunyai personaliti berlainan dan berasal daripada latar belakang yang berbeza. Meskipun ada pertelingkahan sekali sekala, namun mereka sering berharap antara satu sama lain bagi melalui bebanan yang dilalui individu seusia mereka seperti masalah perhubungan, rakan-rakan dan juga isu di universiti dan tempat kerja. Ada musim kedua juga tahu!

2. Prison Playbook

Pelakon: Park Hae-soo, Jung Kyung-ho

prison playbook

Siapa sangka drama bertemakan kehidupan dalam penjara akan kelakar seperti ini! “Prison Playbook” membawa penonton menelusuri kehidupan seharian banduan dan juga staf penjara. Meskipun turut diselit dengan babak yang serius tetapi ia juga dipenuhi dengan momen lawak yang pasti akan membuatkan anda gelak tak kering gusi.

3. Hospital Playlist

Pelakon: Jo Jung-suk, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, Yoo Yeon-seok, Jeon Mi-do

hospital playlist

Menceritakan kisah lima sekawan dalam usia lingkungan 40-an yang belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di sebuah hospital yang sama tetapi berbeza kepakaran. Ikuti kehidupan seharian doktor dan pesakit di institusi kesihatan tersebut yang lain daripada apa yang dijangkakan.

4. Black Dog

Pelakon: Ra Mi-ran, Seo Hyun-jin

black dog

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang dapat menjadi guru ganti untuk jangka masa pendek dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan impian pelajarnya tercapai. Naskhah ini membawa penonton menelusuri kisah disebalik tabir seorang guru selain menonjolkan kehidupan masyarakat daripada sudut pandang institusi persekolahan.

5. Siri Reply

siri reply

Mempunyai tiga musim di dalam siri ini iaitu “Reply 1997”, “Reply 1994” dan “Reply 1988” di mana setiap daripadanya menonjolkan kehidupan sekumpulan rakan yang tinggal di kejiranan yang sama. Yang menariknya, watak perempuan utama mempunyai dua atau lebih lelaki yang meminatinya lantas membuatkan penonton berteka-teki siapakah pasangannya pada akhir musim itu nanti. Bukan sahaja cinta, kisah perhubungan di antara keluarga juga merupakan antara titik penting kepada drama ini.

6. Be Melodramatic

Pelakon: Chun Won-hee, Ahn Jae-hong

be melodramatic

Walaupun bergenre komedi, cerita ini sarat dengan kisah kehidupan yang sebenar. Drama ini membawa penonton mendalami kerisauan, kehidupan harian dan kisah sekawan perempuan dalam lingkungan usia 30-an yang bekerja dalam industri hiburan. Cerita mereka ini senang difahami oleh penonton terutamanya yang berusia lewat 20-an dan 30-an kerana masalah yang dilalui oleh mereka sama dengan masalah yang dihadapi oleh semua orang dalam dunia realiti.

7. Misaeng

Pelakon: Kang So-ra, Im Si-wan

misaeng

Drama ini menceritakan kisah sekumpulan rakan sekerja dalam lingkungan usia 20-an yang bekerja di syarikat multinasional yang gah. Lihat kehidupan mereka yang kadang-kadang normal dan kadang-kadang menyesakkan seperti orang lain sebagai pekerja kelas bawahan di syarikat yang besar tersebut.

8. Dear My Friends

Pelakon: Ko Hyun-jung

dear my friends

Lain daripada yang lain, ia menceritakan kisah sekumpulan rakan yang menghabiskan masa tua mereka bersama-sama. Mereka membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk menjalani kehidupan yang menyeronokkan.

9. My Unfamiliar Family

Pelakon: Han Ye-ri, Kim Ji-suk

my unfamiliar family

Naskhah ini memberi penekanan kepada realiti keluarga moden kini yang kian menjauh antara satu sama lain apabila semakin meningkat tua. Bagi mengisi ruang yang kosong itu, ada antara ahli keluarga yang memilih untuk mengikat hubungan dengan orang luar dan menganggap mereka sebagai keluarga sebenar. Walaubagaimanapun seperti kata pepatah, ‘air yang dicincang tidak akan putus’.

10. Romance Is A Bonus Book

Pelakon: Lee Jong-suk, Lee Na-young

romance is a bonus book

Daripada drama ini, penonton disajikan dengan keepritan seorang ibu tunggal yang sudah lama menjadi suri rumah dan kini terpaksa kembali ke alam pekerjaan bagi mengejar impiannya. Bahkan ianya dikelilingi dengan pelbagai buku bermakna selain melihat bebanan yang terpaksa diharungi oleh industri pembukuan dan juga kesusahan yang dialami oleh penulis dan juga editor bagi bidang berkenaan.

Siapa yang berminat dengan drama seperti ini, pastika anda menonton kesemuanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...