Ikuti Kami:

“Tomyum Kung-PINK”- Lisa Blackpink Terima Cacian Berbaur Rasis Hanya Kerana Berasal Daripada Thailand

“Tomyum Kung-PINK”- Lisa Blackpink Terima Cacian Berbaur Rasis Hanya Kerana Berasal Daripada Thailand

Sekarang ini, boleh dikatakan bahawa Blackpink merupakan antara kumpulan K-Pop yang paling popular dan dikenali di serata dunia! Dianggotai oleh empat orang gadis rupawan iaitu Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa, mereka kini semakin melangkah jauh dalam industri seni Korea dan dunia.

Dalam Blackpink, ahlinya yang paling dikenali semestinya ialah Lisa ataupun nama penuhnya iaitu Lalisa Manoban. Punyalah popular, sehinggakan gadis ini memegang rekod sebagai artis K-Pop yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram iaitu mencecah hampir 28 juta orang! Kalau anda nak tahu, Lisa ini sebenarnya berasal daripada Thailand dan mula berlatih menjadi idola sejak dari bangku sekolah lagi.

blackpink

Mungkin kerana dia berasal daripada negara tersebut, gadis ini sering menerima tohmahan daripada beberapa netizen Korea sendiri dan peminat K-Pop daripada negara lain juga. Sepanjang menceburkan diri sebagai seorang idola, Lisa tak pernah lepas daripada gelaran yang berbaur rasis dan tak sedap didengar langsung.

Ingatkan apabila semakin lama, ramai golongan pembenci yang akan meninggalkan ahli Blackpink ini sendirian dan tidak mengganggunya lagi. Namun mereka masih tak henti-henti menulis komen penuh kebencian ke atas gadis kelahiran Thailand ini.

lisa blackpink terima cercaan berbaur rasis

Terbaru, satu group chat dalam aplikasi messenger telah terbongkar dan di dalamnya penuh dengan kata-kata kesat yang ditinggalkan kepada beberapa kumpulan idola seperti BTS, IZONE, EXO dan Blackpink. Laman sembang ini dikatakan kononnya telah dicipta oleh ONCE iaitu peminat kepada kumpulan TWICE. Yang paling teruk menerima cercaan golongan pembenci ini ialah kumpulan popular Blackpink terutamanya Lisa kerana kewarganegaraannya.

Menerusi perbualan hampir 50 orang pembenci (khabar angin), mereka berseloroh dan berharap agar ahli Blackpink berlapar sehingga mati. Mereka juga tak terlepas membuat main dan menghina bentuk badan ahli kumpulan yang kurus. Selain itu, Lisa terutamanya dibuli kerana kumpulan etniknya. Antara cacian yang diterima oleh gadis itu ialah “sampah”, “sisa nuklear daripada Thailand” dan “bentuk badan seperti orang kampung dari Asia Tenggara”. Kejamnya!

Rata-rata peminat Blackpink meluahkan rasa kesal dengan komen tidak sensitif golongan pembenci ini. Bayangkan kerana terlampau marah, isu ini telah trending di laman Twitter selama beberapa jam dengan hashtag #oncecyberbullying. Para peminat Blackpink meminta peminat TWICE yang kononnya telah memulakan kekecohan ini supaya meminta maaf kerana mulut celupar mereka.

Selain itu, ramai juga yang kasihankan kumpulan TWICE kerana menjadi mangsa keadaan. Walhal yang buat masalah adalah beberapa kerat daripada peminat mereka tetapi nama kumpulan idola itu yang busuk.

Sumber: JazmineMedia, Pann-choa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...