Ikuti Kami:

“Tolong Jemput Saya Lagi” – 6 Kali Jadi Tetamu, Joo Woojae Sambut Setahun Bersama ‘Running Man’

“Tolong Jemput Saya Lagi” – 6 Kali Jadi Tetamu, Joo Woojae Sambut Setahun Bersama ‘Running Man’

Sedar tak sedar, Joo Woo-jae sudah 6 kali menjadi tetamu “Running Man” dalam setahun ini sahaja.

Terbaru, lelaki itu muncul sekali lagi bersama Roh Yoon-seo untuk episod istimewa ‘Akademi Pengalah Hiburan’ yang diinspirasikan daripada drama popular “Crash Course In Romance”.

Seperti yang dikenali penonton setia program itu, Joo Woo-jae sekali lagi membuktikan bahawa dia mempunyai naluri hiburan tersembunyi apabila berjaya mencari keserasian bersama kesemua ahli.

sbs running man

Malah dia tidak dapat melarikan diri daripada hukuman apabila terpaksa melekapkan muka dengan dakwat hitam bersama Song Ji-hyo dan Jeon So-min.

Ucapnya di akhir episod,

Hari ini genaplah setahun saya bersama ‘Running Man’. Ia merupakan hari yang bermakna buat saya. Terima kasih kerana ‘membela’ saya dan tolong jemput saya banyak lagi di masa hadapan.

sbs running man

Komen penonton,

Joo Woo-jae memang kelakar.

 

Dah berapa kali dah jadi tetamu, jadikan dia ahli tetap.

 

Saya sokong Joo Woo-jae jadi ahli tetap ‘Running Man’!

Dah setahun Joo Woo-jae datang “Running Man” rupanya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...