Ikuti Kami:

“Tolong Jaga Dia” – Ahn Bohyun Sokong Yoona Di Set Drama ‘King The Land’

“Tolong Jaga Dia” – Ahn Bohyun Sokong Yoona Di Set Drama ‘King The Land’

Bakal bergandingan bersama, pasti ramai yang teruja ingin lihat gandingan Yoon-a dan Ahn Bo-hyun dalam filem “2 O’Clock Date”.

Terbaru, Ahn Bo-hyun telah menghantar trak kopi ke set drama “King the Land”, bagi menyokong Yoon-a iaitu salah seorang pelakon utama dalam siri tersebut.

Menerusi foto yang dikongsi, di sepanduk trak kopi itu ada tertulis,

‘King the Land’ ialah Cheon Sa-rang (nama watak Yoon-a)

Tahun 2023 bersama Yoon-a

-Daripada Ahn Bo-hyun-

Selain itu, Ahn Bo-hyun juga ada meminta pelakon dan kakitangan drama “King the Land” untuk menjaga Yoon-a dengan baik.

Untuk pengetahuan, Ahn Bo-hyun dan Yoon-a akan sama-sama terajui “2 O’Clock Date”, sebuah filem komedi romantik yang menceritakan kisah seorang wanita dengan rahsia besar dan seorang lelaki yang tinggal di tingkat atas rumahnya. Filem manis ini mengikuti kehidupan mereka yang asyik terserempak kerana berjiran.

Dalam pada itu, drama Yoon-a bergandingan dengan Lee Jun-ho iaitu “King the Land” akan ditayangkan pada separuh pertama 2023 ini.

Supportive kan Ahn Bo-hyun?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...