Ikuti Kami:

“Tolong Fikir Betul-Betul!”- Ibu Daud Kim Terkejut Selepas Mengetahui Anaknya Dah Peluk Islam

“Tolong Fikir Betul-Betul!”- Ibu Daud Kim Terkejut Selepas Mengetahui Anaknya Dah Peluk Islam

Seperti yang ramai dimaklumkan sebelum ini, Jay Kim atau pun nama Islamnya iaitu Daud Kim telah pun memeluk Islam pada tanggal 25 September yang lalu. Kalau anda nak tahu, dia merupakan seorang penyanyi solo di Korea pada mulanya dan kemudian beralih ke Youtube bagi memuat naik video nyanyian ‘cover’ untuk mengembangkan lagi bakatnya. Lelaki itu juga agak popular di Malaysia kerana sering memuat naik video berkaitan dengan hal Islam.

Baru-baru ini, Daud Kim mendedahkan satu video di mana dia memberitahu ibunya mengenai penghijrahannya itu. Wanita tua itu meluahkan rasa terkejutnya kerana anak lelakinya itu merahsiakan hal yang besar seperti itu daripadanya.

“Awak dah gila? Kenapa tak beritahu hal penting ini kepada ibu terlebih dahulu? Kenapa buat keputusan sendiri? Ini sesuatu yang tak normal.

“Awak boleh batalkan semula (pertukaran agama) kan? Cakap nak pergi Itaewon. Tapi kenapa awak buat macam ini?

“Tolong fikir betul-betul! Awak ni memang dah gila! Apa yang patut ibu buat sekarang? Ibu tak boleh nak percaya.

“Ibu tak pernah nampak orang Korea Muslim sepanjang hidup ibu. Tiba-tiba anak ibu seorang Islam,” kata ibunya menerusi sedutan video itu.

ibu daud kim terkejut peluk islam

Walaubagaimanapun, Daud Kim dengan tenangnya telah menjelaskan hal itu kepada ibunya.

“Saya cuma nak beritahu ibu yang saya tidak sembrono untuk masuk Islam, tetapi ini adalah kepercayaan saya.

“Saya pernah belajar berpuasa semasa bulan Ramadan, solat dan banyak berjumpa dengan orang Muslim.

“Kemudian saya pernah berjumpa dengan seorang Imam dan dia banyak menasihati saya.

“Jadi, saya dah fikir masak-masak untuk memeluk Islam dan saya rasa saya tak sembrono untuk buat keputusan sebegini. Saya sudah bersedia,” jawabnya lembut.

jay kim peluk islam

Selepas mendengar penjelasan anak lelakinya itu, ibunya mula mengakui kesilapannya memarahi anaknya selain menerima keputusan penghijrahannya itu.

“Ibu sangat sedih dan kecewa dengan awak, Jay sebab itu ibu marah-marah dan tinggikan suara kepada awak. Ibu mohon maaf.

“Ibu tahu awak dah lama meminati Islam dan awak pernah cakap awak nak masuk Islam. Ibu dah dapat rasa yang awak akan masuk Islam. Tapi keputusan awak buat ini terlalu awal,” kata ibunya tenang.

Biasalah jika ibu bapa risau tentang perihal anaknya, bukannya benci tetapi mereka memikirkan akibat keputusannya itu selain risau dengan masa hadapannya. Ibu mana yang tak sayangkan anak!

Kalau nak menonton dengan lebih lanjut, boleh lah tonton video penuh di sini!

Sumber: MediaHiburan

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...