Ikuti Kami:

Tolak Botox & Pembedahan Plastik, Netizen Puji Kim Taehee Lalui Proses Penuaan Secara Semulajadi!

Tolak Botox & Pembedahan Plastik, Netizen Puji Kim Taehee Lalui Proses Penuaan Secara Semulajadi!

Ada yang cakap wanita ini dah dikira berjaya dalam hidup apabila dia dilahirkan cantik. Tak cukup dengan cantik, bayangkan kalau wanita tersebut turut mempunyai tutur bicara yang sopan serta latar belakang akademik yang mengagumkan. Untung betul! Rupanya ada wanita seperti itu wujud di dalam dunia ini dan gerangan wanita bertuah tersebut ialah pelakon wanita Kim Taehee!

Wanita cantik itu mula mencipta nama menerusi lakonannya dalam pelbagai drama ‘meletop’ seperti “Stairway To Heaven”, “Love Story In Harvard”, “Iris”, “My Princess”, “Yong-pal” dan banyak lagi! Sambil sibuk berlakon, dia juga meluangkan masa sebagai seorang pelajar dia universiti berprestij di Korea iaitu Seoul National University sebelum bergraduasi pada 2005 dalam jurusan seni reka fesyen. Sebab itulah, rata-rata rakyat Korea begitu terpesona dengan Kim Taehee kerana dia adalah ‘beauty with brain’.

kim taehee dipuji netizen kerana pilih untuk tua secara semula jadi

Sudah menghampiri usia 40 tahun, sudah pasti wajah wanita itu akan turut mengalami perubahannya. Tak semua benda kekal untuk selama-lamanya! Meskipun sebagai seorang selebriti, dia perlu memastikan wajahnya dalam keadaan ‘tip top’, dia menegaskan bahawa dia tidak gemar menggunakan botox atau pun pembedahan plastik dan lebih suka sekiranya dia melalui proses penuaan secara normal.

Meskipun baru sahaja melahirkan anak keduanya bersama Rain lebih kurang 3 bulan lepas, Kim Taehee sudah kembali aktif dalam dunia seni. Terbaru, pelakon wanita itu telah menghadiri majlis pelancaran untuk jenama “Cellcure” di mana dia merupakan dutanya beberapa hari lalu. Kesemua peminat yang berada di acara tersebut rata-ratanya terpegun melihat kecantikan wanita itu yang mengenakan dress labuh berwarna putih.

kim taehee dipuji netizen kerana pilih untuk tua secara semula jadi

Tapi biasalah, sudah pasti ada ‘mak cik bawang’ yang akan mengkritik penampilan serta rupa parasnya. Dah cantik pun, ada sahaja yang tidak puas hati! Pun begitu, walaupun ramai yang mengkritik wajah Kim Taehee yang sudah kelihatan tua, masih ramai lagi yang memuji pelakon wanita tersebut kerana tidak terikut dengan ‘trend’ penggunaan botox yang sudah sinonim dengan dunia selebriti.

“Mempunyai kedutan adalah sangat normal apabila anda meningkat usia. Juga, tempoh penuaan bergantung kepada sejauh mana anda terlibat dalam penjagaan anak-anak. Penjagaan anak sangatlah memberi kesan kepada proses penuaan seseorang.”

“Saya rasa ia adalah sangat hebat dapat melihat dia tua secara semula jadi. Awak ingat awak tidak akan tua ke?”

“Macam mana awak boleh jangka dia akan kelihatan sama sahaja selepas melahirkan dua orang anak? Saya rasa dia kelihatan sangat cantik kerana melalui proses penuaan tanpa melalui sebarang prosedur.”

“Sebagai seorang yang pernah dianggap sebagai antara wanita paling cantik, awak ingat dia akan tertekan untuk mendapatkan botox atau pun prosedur lain tetapi mengagumkan kerana dia memilih untuk melalui proses penuaan secara semula jadi. Saya bukan selebriti tetapi saya sangat berwaspada dengan kedutan.”

“Dia kelihatan sangat cantik bagi seorang yang berada dalam usia 40-an.”

kim taehee dipuji netizen kerana pilih untuk tua secara semula jadi

Kim Taehee tak nampak macam dah masuk usia 40 tahun pun. Mungkin sebab dia selalu tersenyum dan nampak gembira, jadi ekspresi wajahnya membuatkan dia nampak lembut dan peramah.

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...