Ikuti Kami:

“Tips Baik Untuk Putuskan Hubungan..” – Ramai Keliru Lihat Gu Hyesun Hentak Telefon Bimbit Guna Penukul

“Tips Baik Untuk Putuskan Hubungan..” – Ramai Keliru Lihat Gu Hyesun Hentak Telefon Bimbit Guna Penukul

Apa yang anda akan lakukan apabila mahu memutuskan hubungan dengan orang lain? Gu Hye-sun berikan tips istimewa buat anda.

Baru-baru ini, pelakon wanita itu telah disahkan bakal menjadi bintang utama untuk episod terbaru program “Face ID” kelolaan Kakao TV. Dalam sedutan pendek yang diriliskan, Gu Hye-sun telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan ramai.

Berada dalam studio miliknya, wanita itu kemudian mengambil penukul di atas mejanya sehingga menimbulkan persoalan kakitangan di situ. Sambil tersenyum, dia berkata,

Saya akan pukulnya sekali sahaja.

Kemudian dia terus memukul iPhone miliknya dengan penukul tersebut untuk beberapa kali lagi. Jelasnya,

Ini adalah tips baik sekiranya anda mahu memutuskan hubungan dengan orang. Musnahkan telefon bimbit anda.

Melihatkan sedutan ini, ramai netizen yang meluahkan rasa risau dengan keadaan Gu Hye-sun. Pun begitu, ada juga yang tidak merasakan apa-apa yang pelik dengan tindakan drastiknya itu. Kata mereka, mungkin itu cara pelakon itu melepaskan beban di dadanya.

Anda rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...