Ikuti Kami:

Tinggal Komen Jahat Pada Lee Seunggi, Individu Disaman Lebih RM17,000

Tinggal Komen Jahat Pada Lee Seunggi, Individu Disaman Lebih RM17,000

Jadi selebriti ini, memang kena tahan dengan pelbagai komen berbaur jahat daripada individu yang tidak dikenali. Walaubagaimanapun, sampai ke satu tahap apabila dah tak tahan, jalan yang paling mudah adalah dengan mengenakan hukuman undang-undang ke atas mereka yang tidak beradab ini.

Sama juga dengan pelakon Lee Seung-gi, agensi naungannya iaitu Hook Entertainment mendedahkan kemas kini terbaru mengenai perbicaraan undang-undang pada individu yang meninggalkan komen jahat.

Ini adalah notis mengenai kes undang-undang dengan individu yang meninggalkan komen jahat. Daripada kesemua saman yang telah kami failkan, seorang daripada mereka telah pun dijatuhkan hukuman berat supaya membayar saman sebanyak 5 milion won (RM17,000) di Mahkamah Daerah Daegu pada 19 Ogos 2020.

Tidak termasuk saman, kami juga ingin mengemukakan tindakan sivil untuk mendapatkan pampasan atas fitnah yang dikeluarkan. Selain itu, kami akan terus mengikut polisi bagi mengejar kesemua penjenayah dan mengenakan tindakan sivil atas individu tersebut.

lee seunggi saman individu tinggal komen jahat

Bagi kes lain di mana identiti individu berkenaan telah pun dikenal pasti, pendakwaan telah meletakkan mereka dalam senarai orang dimahukan memandangkan mereka kini sedang bersembunyi. Malah, ada daripada keluarga tertuduh yang meminta hukuman yang lebih ringan tapi kami tidak akan beralah dan memastikan kes mereka melalui segala prosedur undang-undang yang diperlukan.

Kami juga kini sedang menyediakan saman tambahan bagi individu meninggalkan komen jahat berdasarkan bukti yang diserahkan oleh peminat termasuklah daripada pengawasan kami sendiri. Saman ini semua akan difailkan tak lama lagi.

Agensi kami akan mengambil semua langkah undang-undang bagi menangkap penjenayah ini dan menjatuhkan saman sivil bagi melindungi artis kami. Kami juga akan berusaha keras tanpa berlembut supaya dapat mengubah budaya internet ke arah yang lebih baik.

Bertabahlah siapa yang bakal kena heret ke mahkamah nanti, siapa suruh cari pasal kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...