Utama Drama Korea Tinggal 4 Episod, Rating ‘Doom At Your Service’ Terus Menurun

Tinggal 4 Episod, Rating ‘Doom At Your Service’ Terus Menurun

tvn doom at your service

Hanya berbaki 4 episod, “Doom At Your Service” sepertinya gagal untuk memperbaiki rekod ratingnya kini.

Ia mengisahkan seorang wanita bernama Tak Dong-kyung (Park Bo-young) yang disahkan menghidap kanser otak. Tidak dapat menerima dugaan dan menyalahkan nasib malang hidupnya, Dong-kyung telah membuat permintaan agar dunia ini berakhir. Namun apa yang tidak disangka Myul-mang (Seo In-guk) yang mendakwa dirinya pengantara antara manusia dan Tuhan menawarkan untuk memenuhi permintaan wanita itu.

tvn doom at your service

Meraih rating tinggi semasa tayangan awalnya, naskhah itu kemudiannya menyaksikan rating yang menggusarkan sejak beberapa episod lalu. Malah ianya terus kekal dalam lingkungan 2% selama 5 episod kebelakangan ini.

Bukan itu sahaja, “Doom At Your Service” mencatatkan rating terendah semasa episod terbarunya ini dengan rekod 2.351%.

Mendapat respon positif daripada segi lakonan yang dipersembahkan watak utamanya, kenapa agaknya drama fantasi ini terus menunjukkan penurunan rating?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...