Ikuti Kami:

Tinggal 3 Episod Lagi, 3 Misteri Jadi Persoalan Penonton Dalam ‘Mouse’

Tinggal 3 Episod Lagi, 3 Misteri Jadi Persoalan Penonton Dalam ‘Mouse’

“Mouse” punya plot twist memang level perlukan IQ tinggi untuk memahaminya. Betul tak?

Terbaru, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) yang menyangkakan baahwa dia menjadi pembunuh bersiri atas kemahuan sendiri terkejut apabila mempelajari rahsia mengenai organisasi “OZ” yang sebenarnya mengawal dirinya.

Disebabkan oleh pendedahan itu, penonton kini dirundung dengan pelbagai persoalan baru. Hanya tinggal lagi 3 episod, ini adalah antara misteri yang bakal dirungkai di dalam episod akan datang.

Siapakah anggota organisasi “OZ”?

Kesemua ahli organisasi misteri tersebut mempunyai tatu dua huruf pada badan mereka. Disebabkan oleh faktor identiti ini, Jung Ba-reum dapat mengenalpasti beberapa anggota OZ kini seperti dalang kematian pengendali gimnasium Song Soo-ho dan Na Chi-guk. Pegawai polis itu juga mengesyaki bahawa mak ciknya ialah ahli OZ kerana dia menghilangkan diri selepas memberikan maklumat palsu, namun Jung Ba-reum masih belum menemui cacahan tatu pada badannya. Penonton juga menebak sama ada detektif Lee Min-soo (Kim Min-soo) ialah ahli organisasi itu dek sisa tatu yang ditemui oleh Go Moo-chi (Lee Hae-jun).

tvn mouse

Apakah fungsi “OZ”?

Disebalik kesemua pembunuhan yang didalangi Jung Ba-reum, pastinya organisasi OZ berada di belakangnya. Bukan sahaja menjadi bayang kepada pergerakan lelaki itu selain daripada menjejaki gerak-gerinya, mereka juga pantas membersihkan tempat pembunuhan itu. Selepas Jung Ba-reum mendapati bahawa dia dan Sung Yo-han sedang diperhatikan, persoalan timbul mengenai sejauh manakah OZ terlibat dengan zaman silam kedua mereka.

tvn mouse

Apakah objektif utama mereka?

Dalam episod lalu, salah satu ahli OZ telah membunuh Na Chi-guk yang mengetahui mengenai rahsia Jung Ba-reum dengan menyuntik dadah ke dalam saluran darahnya.

Penonton ingin tahu bagaimana setiap ahli OZ semua sama sahaja, mampu melakukan pelbagai kerja bahaya selain turut mempersoalkan apa yang mereka dapati dengan mengikuti Jung Ba-reum.

tvn mouse

Fuhh! Sikit lagi nak habis korang. Tak sabar nak tengok kesudahan “Mouse”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...