Ikuti Kami:

Tinggal 2 Episod, Penggambaran ‘To All The Guys Who Loved Me’ Terhenti Dek Aktor Pembantu Sah Positif COVID-19

Tinggal 2 Episod, Penggambaran ‘To All The Guys Who Loved Me’ Terhenti Dek Aktor Pembantu Sah Positif COVID-19

Awal hari ini, satu laporan eksklusif melaporkan bahawa salah seorang pelakon sampingan untuk drama “To All The Guys Who Loved Me” bernama Seo Sung-jong telah disahkan positif COVID-19.

Menurut laporan tersebut, pelakon itu telah mengalami simptom virus itu pada 16 Ogos sebelum melalui pemeriksaan pada 18 Ogos iaitu kelmarin. Hari ini, Seo Sung-jong disahkan positif COVID-19 dan pihak produksi drama tersebut sedang melakukan sebaik mungkin untuk mengawal situasi tersebut.

Penggambaran drama itu telah dijalankan mengikut bahagian pasukan A dan B setakat ini malahan sepatutnya mereka sudah pun mendekatinya akhirnya memandangkan episod akhir drama itu yang sepatutnya ditayangkan pada minggu hadapan (25 Ogos).

Semua pengambaran dihentikan serta-merta.

Selepas kami menjejaki kesemua kontak rapat pelakon itu, mereka akan melalui pemeriksaan COVID-19.

seo seongjong covid-19

Selepas daripada pengesahan tersebut, dikhabarkan bahawa semua staf dan pelakon yang ada kontak rapat dengan Seo Sung-jong telah pun menjalani kuarantin sendiri sementara menunggu keputusan pemeriksaan virus tersebut.

Disebabkan pengambaran yang masih belum sempat dihabiskan, kemungkinan besar akan ada penangguhan kepada tayangan episod akan datang “To All The Guys Who Loved Me”. Namun pihak produksi belum lagi mencapai kata sepakat mengenai hal ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...