Ikuti Kami:

Tinggal 2 Episod, ‘Hometown Cha Cha Cha’ Catat Rekod Rating Tertinggi

Tinggal 2 Episod, ‘Hometown Cha Cha Cha’ Catat Rekod Rating Tertinggi

Mula menayangkan babak genting sepanjang drama ini, “Hometown Cha Cha Cha” berjaya mengekalkan rating yang baik menjelang penghujungnya.

Sekadar pengtetahuan, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Menurut Nielsen korea, episod terbaru ini meraih rating sebanyak 11.6% sekaligus mencipta rekod peribadi baru buat drama itu.

tvn hometown cha cha cha

Tinggal hanya lagi dua episod sahaja, penonton semakin tidak senang duduk apabila masa silam Hong Du-shik (Kim Seon-ho) mula dikupas sedikit demi sedikit. Malah ramai yang sepertinya tak tentu arah melihatkan kedinginan hubungan antara lelaki itu dan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah).

Semoga bahagia buat mereka dalam episod akhir nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...